Monday, December 1, 2008

Menjawab Tuduhan Menjelaskan Kebenaran III

Ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah Sepakat bahawa Allah Istawa di atas 'Arasy-Nya

Kesepakatan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan akidah para Salaf al-Ummah meyakini firman Allah di bawah ini
(tanpa tamsil, tasybih, ta’wil, tahrif dan takyif)

Firman Allah:

اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.

"Allah bersemayam di atas 'ArasyNya"

Ummi Salamah radiallahu 'anha berkata:

"Al-Istiwa (bersemayam) itu tidak majhul (maklum/diketahui), caranya pula tidak diketahui (majhul) namun berikrar (berpegang) dengannya adalah keimanan dan menentangnya (tidak percaya bahawa Allah bersemayam) adalah kufur".[57]




Semasa Imam Malik rahimahullah ditanya tentang maksud ayat:

اَلرَّحْمَنٌ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

“Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas ‘Arasy.”

Beliau menjawab:

اَلاِسْتِوَاءُ مَعْلُوْمٌ وَالْكَيْفُ مَجْهُوْلٌ وَالاِيْمَانُ بِه وَاجِبٌ وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ.

"Al-Istiwa adalah sesuatu yang telah dimaklumi, (mempertanyakan) bagaimana (bentuk, rupa dan keadaannya) adalah mempertanyakan sesuatu yang majhul (tidak diketahui), mengimani perkara tersebut adalah wajib dan mempersoalkannya adalah merupakan suatu yang bid'ah".[58]



"Al-Istiwa adalah sesuatu yang telah dimaklumi, (mempertanyakan) bagaimana (bentuk, rupa dan keadaannya) adalah mempertanyakan sesuatu yang majhul (tidak diketahui), mengimani perkara tersebut adalah wajib dan mempersoalkannya adalah merupakan suatu yang bid'ah"
Imam Malik rahimahullah

Istiwanya Allah di atas 'ArasyNya menunjukkan ketinggianNya atas segala makhluk dan Dia sentiasa berada dalam ketinggian

Dalil-dalil dari al-Quran yang menjelaskan ketinggian Allah Subhanahu wa-Ta'ala

وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضَ وَلاَ يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمِ

"Dan Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Dia (Allah) Maha Tinggi lagi Maha Agung".
(QS. Al-Baqarah, 2:255).

سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ اْلاَعْلَى.

"Sucikanlah nama Rabbmu Yang Paling Tinggi".
(QS. Al-A'la, 87:1).


اِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيْرًا.

"Sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi lagi Maha Besar".
(QS. An-Nisa, 4:34).


ذَلِكَ بِاَنَّ اللهَ هُوَ الْحَقُّ وَاَنَّ مَا يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِهِ هُوَالْبَاطِلُ وَاَنَّ اللهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ.

"(Kuasa Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah, Dialah (Rabb) yang Hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil. Dan sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung".
(QS. Al-Haj, 22:62).


عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْكَبِيْرُ الْمُتَعَالِ.

"Yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang nyata (yang nampak atau yang lahir), Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi".
(QS. Ar-Ra'ad, 13:9).

حَتَّى اِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوْبِهِمْ قَالُوْا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوْا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ.

"Sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata: Apakah yang telah difirmankan oleh Rabbmu, mereka menjawab: (Perkataan) yang hak (benar). Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung".
(QS. Saba', 34:23).


اِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيْمٌ.

"Sesungguhnya Dia (Allah Subhanahu wa-Ta'ala) Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana".
(QS. Asy-Syura, 42:51).




Hadis-hadis sahih yang menjelaskan ketinggian Allah Subhanahu wa-Ta'ala

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ اَنَّ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِذَا قَضَى اللهُ اْلاَمْرَ فِى السَّمَآءِ ضَرَبَتِ الْمَلاَئِكَةُ بِاَجْنِهَتِهَا خَضْعَانًا لِقَوْلِهِ كَاَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صَفْوَانٍ يُنْقِذُهُمْ ذَلَكَ حَتَّى اِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوْبِهِمْ قَالُوْا : مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ ؟ قَالُوْا الْحَقُّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ.

"Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Apabila Allah menetapkan perintah di atas langit para malaikat memukul sayap-sayapnya kerana patuh akan firmanNya seakan-akan terdengar seperti gemerincing rantai (yang ditarik) di atas batu rata, hal itu menakutkan mereka (sehingga mereka jatuh pengsan kerana takut). Ketika dihilangkan rasa takut dari hati mereka, mereka berkata: Apakah yang difirmankan oleh Tuhanmu). Mereka menjawab: Firman Al-Hak yang benar dan Dialah yang Maha Tinggi dan Maha Besar".[59]

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِتَّقُوْا دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ فَاِنَّهَا تَصْعَدُ اِلَى اللهِ كَاَنَّهَا شِرَارَةٌ . وَفِى لَفْظٍ : اِلَى السَّمَآءِ.

"Dari Abdullah bin Umar radiallahu 'anhuma berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Hati-hatilah kamu dari doa orang yang teranaiya (dizalimi atau diperlakukan secara tidak adil) kerana sesungguhnya doa mereka naik kepada Allah seperti bunga api. Pada lafaz yang lain, naik ke langit".[60]

عَنْ جَـابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِى خُطْبَتِهِ يَوْمَ عَرَفَةَ : اَلاَ هَلْ بَلَّغْتُ ؟ فَقَالُوْا : نَعَمْ . فَجَعَلَ يَرْفَعُ اِلَى السَّـمَاءِ وَيَنْكُتُهَا اِلَيْهِمْ وَيَقُوْلُ : اَللَّهُمَّ اشْهَدْ.

"Dari Jabir bin Abdullah radiallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda semasa berkhutbah di hari 'Arafah: Apakah aku sudah sampaikan (risalahku)? Para sahabat menjawab: Ya! Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mengisyaratkan jari telunjuknya ke langit lalu bersabda: Ya Allah saksikanlah!".[61]

عَنِ سَـعِيْدِ الْخُـدْرِيِّ اَنَّ رَسُـوْلَ اللهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ قَالَ : اَلاَ تَاْمَنُوْنَنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ يَاْتِنِيْ خَبَرٌ مِنَ السَّمَآءِ صَبَاحٌ وَمَسَاءٌ.

"Dari Sa'ed al-Khudri sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bersabda: Tidakkah kamu mempercayai aku sedangkan aku yang dipercayai oleh ( Zat) Yang berada di atas langit Yang menurunkan khabar (wahyu) pada waktu pagi dan petang?".[62]

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلرَّاحِمُوْنَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ اِرْحَمُوْا مَنْ فِى اْلاَرْضِ يَرْحَمُكُمْ مَنْ فِى السَّمَآءِ.

"Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Orang-orang yang menyayangi akan disayangi oleh Ar-Rahman (Allah). Sayangilah orang yang di bumi, akan disayangi oleh Yang di langit (Allah)".[63]

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَالَّذِيْ نَفْسِىْ بِيَدِهِ ، مَا مِنْ رَجُـلٍ يَدْعوْ اِمْرَاَتَهُ اِلَى فِرَاشِـهِ فَاَبَى عَلَيْهِ ، اِلاَّ كَانَ الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ سَاخِطًا عَلَيْهَا حَتَّى يَرْضَى عَنْهَا.

"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Demi nyawaku yang di tanganNya, tidaklah seseorang lelaki (suami) yang mengajak isterinya ke tempat tidurnya maka ia (isterinya) enggan mematuhinya kecuali Yang di langit (Allah) akan mengutuknya (memurkainya) sehinggalah ia diredhai oleh suaminya".[64]

اِنَّهُ سَـاعَةٌ تُفْتَحُ فِيْهَا اَبْوَابَ السَّـمَآءِ فَاُحِبُّ اَنْ يَصْعَدَ لِيْ فِيْهَا عَمَلٌ صَالِحٌ.

"Sesungguhnya pada waktu itu dibuka pintu-pintu langit, maka aku suka amal-amal solehku diangkat naik pada saat tersebut".[65]

كَمْ اِلَهًا تَعْبُدُ الْيَوْمَ ؟ قَال : سَبْعَةٌ . سِتَّةٌ فِى اْلاَرْضِ وَوَاحِدٌ فِى السَّمَآءِ . فَقَالَ : فَاِذَا اَصَابَكَ الضَّرَرَ فَمَنْ تَدْعُوْا ؟ قَالَ : اَلَّذِيْ فِى السَّمَاءِ.

"Bertanya Rasulullah (kepada Amran bin Hussin sebelum beliau memeluk Islam): Berapa tuhan yang engkau sembah pada hari ini? Beliau menjawab: Tujuh, enam di bumi dan satu di langit. Baginda bertanya: Diketika engkau ditimpa bahaya maka tuhan yang mana yang engkau seru? Beliau menjawab: Tuhan yang di langit".[66]
Zainab radiallahu ‘anha berbangga kerana beliau dinikahkan oleh Allah yang di atas langit yang ketujuh:

زَوَّجَكُنَّ اَهَالِيكُنَّ وَزَوَّجَنِيَ اللهُ مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتِ.

"Kamu dikahwinkan oleh ahli-ahli kamu dan aku dikahwinkan oleh Allah dari atas langit yang ketujuh".[67]
Semasa kewafatan 'Aisyah, Ibn Abbas radiallahu ‘anhu berkata kepadanya:

كُنْتُ اُحِبُّ نِسَـاءَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ وَلَمْ يَكُنْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ اِلاَّطَيِّبًا وَاَنْزَلَ اللهُ بَرَاءَ تكِ مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتِ.

"Aku sentiasa mencintai para isteri Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam sebagaimana mencintai Rasulullah dan tidak pernah Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam mencintai sesuatu kecuali kerana kebaikannya dan Allah telah membersihkan engkau dari atas langit yang ketujuh".[68]

قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ : هَذِهِ اِمْرَاَةٌ سَمِعَ اللهُ شَكْوَاهَا مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ هَذِهِ خَوْلَةُ بِنْتُ ثَعْلَبَةُ.

"Berkata 'Umar bin al-Khattab: Inilah wanita yang didengar oleh Allah pengaduannya dari atas langit yang ketujuh, inilah Khaulah binti Thalabah".[69]

لَمَّا قَضَى اللهُ الْخَلْقَ كَتَبَ كِتَابًا عِنْدَهُ سَبَقَتْ رَحْمَتِيْ غَضَبِيْ فَهوْ عِنْدَهُ فَوْقَ السَّمَآءِ

"Setelah Allah mencipta makhluk, ditulis satu kitab di sisiNya: RahmatKu mendahului kemurkaanKu, maka ia di sisiNya di atas 'Arasy".[70]

Dalil-dalil di atas menerangkan bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersemayam di atas 'ArasyNya.
'ArasyNya berada di atas langit yang ketujuh sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur ulama Salaf as-Soleh.



"Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas 'ArasyNya, mempunyai muka dan al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan ia diturunkan (dari langit)".[71]
Imam Abu Hasan al-Asy'ari rahimahullah


Mengingkari keterangan dan penetapan nama-nama, sifat, zat dan perbuatan Allah sebagaimana yang terdapat pada dalil-dalil dari al-Quran, hadis-hadis dan athar yang sahih ini adalah kufur hukumnya.

Imam al-Auza'ie dianggap Imam ahli Syam dizamannya, beliau telah menegaskan:

كُنَّا وَالتَّابِعُوْنَ مُتَوَافِرُوْنَ نُقُوْلُ : اَنَّ اللهَ عَلَىعَرْشِهِ وَنُؤْمِنُوْا بِمَاوَرَدَتْ بِهِ السُّنَةَ مِنْ صِفَاتِ اللهِ تَعَالَى.

"Kami dan para Tabi'in sepakat menetapkan dengan qaul kami bahawa:
Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta'ala".[72]


عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ وَهَبٍ قَالَ : كُنْتُ عِنْدَ مَالِكٍ فَدَخَلَ رَجُلٌ فَقَالَ : يَا اَبَا عَبْدَ الرَّحْمَن " اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى " كَيْفَ اسْتَوَى ؟ فَاَطْرَقَ مَالِكُ فَاَخَذَتْهُ الرَّحْضَاءَ ثُمَّ رَفَعَ رَاْسَهُ فَقَالَ : اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىكَمَاوَصَفَ بِهِ نَفْسَهُ وَلاَ يُقَالُ كَيْفَ وَكَيْفَ عَنْهُ مَرْفُوْعٌ وَمَا اَرَاكَ اِلاَّ صَاحِبُ بِدْعَة فَاَخْرِجُوْهُ.

"Abdullah bin Wahab berkata: Aku pernah bersama Malik maka masuk seorang lelaki lalu bertanya: Wahai Aba Abdul Rahman! "Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'Arasy", bagaimana Dia bersemayam? Beliau terus mengingkari dan dengan keadaannya yang marah sambil mengangkat kepalanya berkata: Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'ArasyNya sebagaimana yang telah disifatkan oleh Allah pada dirinya sendiri dan janganlah ditanya bagaimana dan kenapa kerana telah marfu' tentangnya, dan tidaklah aku ketahui tentang dirimu kecuali seorang pelaku bid'ah, maka keluarkanlah dia". [73]



Bertanyakan "Bagaimana Allah bersemayam di atas 'Arasy" dianggap oleh Imam Malik dan Rabi'ah sebagai pertanyaan yang haram dan bid'ah, kerana bertanya tentang apa yang tidak diketahui oleh manusia, dan sesuatu yang tidak diketahui maka tidak mungkin mereka akan memperolehi jawapannya.[74]

Sesungguhnya memperkatakan sifat-sifat Allah adalah sebahagian dari memperkatakan tentang zatNya, sebagaimana akal tidak berdaya mengetahui tentang zatNya maka begitu jugalah akal tidak mampu mengetahui tentang bagaimananya sifat Allah.[75] Beginilah manhaj yang diikuti oleh para Salaf as-Soleh rahimahumullah (tentang memahami sifat dan zat Allah 'Azza wa-Jalla), mereka meletakkan kesempurnaan akal mengikut tempat dan kadar kemampuannya[76] dan tidak mencabuli ayat-ayat dan sabda NabiNya dengan akal dan hawa nafsunya.

قَالَ التُّرْمِزِيُّ : وَهُوَ عَلَى الْعَرْشِ كَمَا وَصَفَ بِهِ نَفْسهُ فِى كِتَابِهِ كَذَا قَالَ غَيْرُ وَاحَدٍ مِنْ اَهْلِ الْعِلْمِ.

"Berkata Turmizi:

Ia bersemayam di atas 'Arasy sebagaimana yang disifatkanNya sendiri di dalam kitabNya. Beginilah perkataan ahli ilmu yang bukan seorang sahaja yang mengatakannya seperti itu".[77]


Allah di Langit


Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut pemahaman para Salaf as-Soleh, mereka sepakat meyakini bahawa Allah di langit yang ketujuh bersemayam di atas 'ArasyNya.


Abdullah bin al-Mubarak semasa beliau ditanya tentang di mana Allah

وَقِيْلَ لِعَبْدِاللهِ بْنِ الْمُبَارَكِ كَيْفَ نَعْرِفُ رَبَّنَا قَالَ بِاَنَّهُ فَوْقَ السَّمَآءِ السابِعَةِ عَلَى الْعَرْشِ

"Dan ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana kita mengetahui Tuhan kita? Beliau berkata: Kita mengetahuiNya bahawa sesungguhnya Dia di langit yang ketujuh di atas 'ArasyNya".[78]


Jahmiyah tidak dianggap golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah kerana tergelincir dari manhaj Salaf. Mereka tidak mempercayai Allah di langit:

وَقِيْلَ لِيَزِيْدِ بْنِ هَارُوْن : مَنِ الْجَهْمِيَّةُ ؟ فَقَالَ : مَنْ زَعَمَ اَنَّ الرَّحْمَنَ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى عَلَى خِلاَفِ مَا يَقِرُّ فِى قُلُوْبِ الْعَامَةِ فَهُوْ جَهْمِيْ.

"Dan ditanyakan kepada Yazid bin Harun: Siapa Jahmiyah? Maka beliau berkata: Sesiapa yang mempercayai bahawa Ar-Rahman (Allah) bersemayam di 'ArasyNya tetapi tidak sebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang Islam, maka itulah Jahmiyah".[79]

Jahmiyah mempercayai Allah bersemayam di ‘Arasy, tetapi tidak percaya Allah di langit, maka sesiapa yang mempunyai keyakinan seperti ini dia adalah Jahmiyah.

Berkata Hamad bin Zaid:
"Jahmiyah ialah mereka yang menyatakan bahawa di langit tidak ada sesuatu (Allah bukan di langit)".[80]


Antara ayat yang disalah-tafsir oleh ahli bid'ah dan Jahmiyah ialah:

قَالَ لاَ تَخَافَا ، اِنَّنِيْ مَعَكُمَآ اَسْمَعُ وَاَرَى.

"Allah berfirman: Janganlah kamu berdua merasa takut, sesungguhnya Aku berserta kamu berdua, Aku Mendengar dan Melihat".
(QS. Taha, 20:46).

Ayat (اِنَّنِيْ مَعَكُمَا) "Sesungguhnya Aku berserta kamu berdua" ialah ilmuNya.
Iaitu ilmu Allah berserta kita dan meliputi segala-galanya.
Allah Maha Mengetahui kerana ilmu pengetahuan Allah berada di mana-mana.
Allah berserta kita dengan ilmuNya kerana Dia Mendengar dan Melihat kita.[81]
Namun, Allah bersemayam di atas ‘ArasyNya.


Ayat di atas dapat dijelaskan dengan nas-nas di bawah ini:



اِنَّكُمْ تَدْعُوْنَ سَمِيْعًاقَرِيْبًا وَهُوَ مَعَكُمْ (اَيْ مَعَكُمْ بِعِلْمِهِ)
"Sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar, Yang Hampir Yang sentiasa berserta kamu (iaitu IlmuNya)".[82]


وَعِنْدَهُ مَفَاتِيْحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا اِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ اِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِىظُلُمَاتِ اْلاَرْضِ وَلاَرَطْبٍ وَلاَيَابِسٍ اِلاَّفِىكِتَابٍ مُّبِيْنَ

"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia Mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia Mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak ada sesuatu yang basah dan yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Loh Mahfuz)".
(QS. Al-An'am, 6:59).



Hadis yang menunjukkan Allah di atas 'ArasyNya, 'ArasyNya di langit dan ilmuNya di mana-mana ialah:

قَالَ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَكَمُ السُّلَمِى وَكَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ اُحدٍ وَالْجُوَانِيَةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَاِذَا بِالذِّئْبِ قَدْ ذَهَبَ بَشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَاَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ اَسَفَ كَمَا يَاْسفُوْنَ . لَكِنِّيْ صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَاَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ . قُلْتُ : يَارَسُوْلَ اللهِ اَفَلاَ اَعْتِقُهَا قَالَ: اِئْتِنِيْ بِهَا. فَقَالَ لَهَا: اَيْنَ اللهُ قَالَتْ : فِى السَّمَآءِ . قَالَ: مَنْ اَنَا قَالَتْ : اَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ. قالَ : اَعْتِقْهَا فَاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.

“Berkata Muawiyah bin Hakam As-Sulami: Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaniyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya? Jawab Rasulullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasulullah bertanya: Siapakah aku? Dijawabnya: Engkau Rasulullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah (bebaskanlah) wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah".[83]

Semua penjelasan di atas melalui dalil-dalil dari al-Quran dan hadis-hadis yang sahih mengkhabarkan bahawa Allah bersemayan di 'ArasyNya yang berada di langit, maka semua dalil-dalil tersebut adalah juga sebagai hujjah untuk menolak alasan mereka yang mengharamkan seseorang dari bertanya "Di mana Allah berada?" atau (اَيْنِيَّة الله) "Di mananya Allah".
Bertanya kepada seseorang "Di mana Allah" untuk membetulkan akidahnya adalah sunnah, kerana Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sendiri telah bertanya kepada seorang hamba perempuan dengan pertanyaan: "Di mana Allah?".
Berdasarkan hadis ini, maka siapakah yang lebih berhak diikuti dan wajib dijadikan contoh jika bukan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, baginda tidak pernah mengikut hawa nafsunya apabila memperkatakan atau menjelaskan sesuatu tentang agama Allah. Oleh itu, seseorang yang bertanya "Di mana Allah?" tidak boleh dihukum sesat atau menyalahi sunnah.


Ibn Abbas, ad-Dahhak, Malik, Sufiyan ath-Thauri dan ramai lagi berkata:

"Dia (Allah) bersama kamu: Iaitu yang bersama kamu ialah ilmuNya". .


Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi amaran dan peringatan yang tegas kepada mereka-mereka yang enggan mengikuti contoh dan mentaati baginda dalam segala urusan agama, sama ada yang berkaitan dengan persoalan akidah, ibadah atau mu'amalah. Baginda bersabda:

كُلُّ اُمَّتِيْ يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ اِلاَّ مَنْ اَبَى قَالُوْا وَمَنْ يَاْبَ يَا رَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : مَنْ اَطَاعَنِى دَخَلَ الْجَنَّةِ وَمَنْ عَصَانِيْ قَقَدْ اَبَى.

"Setiap umatku semuanya akan masuk syurga kecuali sesiapa yang menolak. Mereka bertanya, siapakah yang menolak wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Sesiapa yang mentaati aku dia masuk syurga dan sesiapa bermaksiat (menentangku) maka dia telah menolak".[84]


وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ مَاتَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَ تْ مَصِيْرًا.

"Dan sesiapa menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang dikuasainya. Kami masukkan ia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali".
An-Nisa, 4:115.


Telah disepakati oleh ulama Salaf as-Soleh, bahawa keyakinan mereka yang menyerupakan, mensekufukan, memisalkan, mensetarakan atau mengumpamakan Allah dengan makhlukNya adalah sesat dan boleh membawa kepada perbuatan syirik.
Ia bertentangan dengan ayat-ayat al-Quran, terutamanya ayat di surah asy-Syura "Tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya", 42:11 dan ayat di surah al-Ikhlas "Dan tidak ada seorangpun yang setara/sekufu dengan Dia (Allah)", 112:4


Bagaimana Ulama Salaf menetapkan zat, nama-nama dan sifat-sifat Allah?

1. Mereka mensucikan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dari diserupakan dengan segala makhlukNya yang berdasarkan firmanNya:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ.

"Tiada suatu yang semisal denganNya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".
(QS. Asy-Syura, 42:11)

2. Menjauhkan penyerupaan dengan cara ingin tahu, bertanya atau mempersoalkan "Bagaimana" zat dan sifat-sifat Allah. Kerana hanya Allah sahaja yang benar-benar Mengetahui akan sifat dan zatNya. Maka larangan dari mempersoalkan sifat Allah berdasarkan firmanNya:

وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِهِ عِلْمًا.

"Sedangkan ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya".
(QS. Taha, 20:110)


Manusia tidak mampu mengenal sifat-sifat dan zat Allah kecuali melalui wahyu, kerana Allah berada di atas langit yang ketujuh di atas ‘ArasyNya. Hanya Allah Maha Mengetahui segala keghaiban:

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلاَ يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ اَحَدًا اِلاَّ مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُوْلٍ.

"Dia adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui yang ghaib. Maka Dia tidak memperlihatkan kepada seseorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhaiNya".
(QS. Al-Jin, 72:26-27)


Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam juga tidak mengetahui apa yang berada dan terjadi di alam ghaib, termasuklah di Loh al-Mahfuz kecuali setelah dikhabarkan oleh Allah Azza wa-Jalla kepada baginda sebagaimana diungkapkan dalam syair al-Bushairi:

فَاِنَّ مِنْ جُوْدِكَ الدُّنْيَا وَضَرَّتُهَا

وَمِنْ عُلُوْمِكَ عِلْمُ اللُّوْحِ وَالْقَلَمِ
"Sesungguhnya kedermawananMu terhadap dunia dan kemudaratannya # Dan bahagian (termasuk) dari ilmuMu adalah ilmu Loh al-Mahfuz dan ilmu al-Qalam.[85]


Ketidaktahuan atau kejahilan seseorang tentang keadaan alam ghaib telah dikhabarkan oleh Allah dalam beberapa ayat al-Quran:

وَعِنْدَهُ مَفَاتِيْحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا اِلاَّ هُوَ.

"Dan pada sisi Allah sahaja kunci-kunci semua yang ghaib. Tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri".
(QS. Al-An'am, 6:59).

قُلْ لاَ يَعْلَمُ مَنْ فِى السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ الْغَيْبَ اِلاَّ اللهُ.

"Katakanlah! Tidak ada seseorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah".
(QS. An-Naml, 27:65).


Kesimpulannya: Bahawa segala apa yang telah dijelaskan (di atas), adalah berlandaskan al-Quran, as-Sunnah yang sahih dan mengikut panduan para Salaf as-Soleh radiallahu 'anhum, mereka sekalian beriman dengan segala apa yang telah dikhabarkan oleh Allah tentang diriNya di dalam kitabNya, dan beriman dengan segala apa yang telah dijelaskan oleh RasulNya tentangNya. Mereka beriman dengan keimanan yang selamat, iaitu tidak dilakukan pada sifat, zat dan nama-namaNya tahrif, ta'til, takyif dan tamsil.[86]

Imam Ahmad rahimahullah pula berkata:
"Tidak diharuskan mensifatkan Allah kecuali dengan apa yang telah disifatkanNya sendiri oleh diriNya atau dengan apa yang telah disifatkan oleh RasulNya dan tidak pula melampaui batasan al-Quran dan al-Hadis".[87]


Mengingkari Zat, Nama & Sifat Allah adalah Sesat


Terdapat segolongan (firqah) yang digelar golongan "Mu'attilah" (مُعَطِّلَةٌ) "Yang menolak serta membatalkan, zat sifat dan nama-nama Allah"

Mereka (golongan mu’attilah ini) mengingkari dan menafikan sama ada keseluruhan sifat dan nama Allah atau sebahagian darinya. Maka telah disepakati oleh jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dan para ulama Salaful Ummah bahawa golongan ini adalah golongan yang sesat dan terkeluar dari millah Islamiyah. Begitu juga sesiapa yang mengingkari atau menafikan adanya sifat-sifat serta nama-nama Allah yang husna maka dia dihukum kafir atau zindik menurut hukum syara.

Firqah Mu'attilah dan mereka yang sefahaman dengan firqah ini berpendapat dan menuduh sesiapa yang percaya bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersifat (mempunyai sifat) dan mempunyai nama, maka kepercayaan tersebut (menurut mereka) akan membawa kepada persamaan (menyamakan dan menserupakan) Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan makhlukNya. Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla telah membantah pendapat atau keyakinan golongan Mu’attilah yang batil ini sebagaimana yang terdapat di dalam firmanNya:


سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ

"Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai kePerkasaan dari apa yang mereka (sifatkan) katakan".
(QS. As-Safat, 37:180)

Sesiapa yang menolak atau menafikan adanya nama-nama serta sifat Allah, maka sekali lagi perlu ditegaskan bahawa penafian dalam hal serupa ini adalah batil dan membawa kepada kesesatan dan kekafiran.

Pada hakikatnya Allah telah menetapkan sendiri nama-nama, sifat dan zatNya di dalam al-Quran.

Tiada siapa yang berhak dan boleh menafikannya.

Oleh itu, adanya zat, nama dan sifat bagi Allah wajib diimani oleh setiap muslim dan muslimah sehingga tidak boleh dipersoalkan lagi.



Para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh membantah dan menolak sekeras-kerasnya pendapat yang mungkar ini
(iaitu pendapat yang membatalkan dan meniadakan sifat, zat dan nama-nama Allah)


Antara mereka yang membantah sekeras-kerasnya ialah
Imam Abu Hanifah rahimahullah

Beliau telah mengithbatkan (menetapkan) dan menjelaskan tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah Azza wa-Jalla:

وَلَهُ يَدٌ وَوَجْهٌ وَنَفْسٌ كَمَا ذَكَرَهُ اللهُ تَعَالَى فِى الْقُرْآنِ فَمَا ذَكَرَهُ اللهُ تَعَالَى فِى الْقَرْآنِ مِنْ ذِكْرِ الْوَجْهِ وَالْيَدِ وَالنَّفْسِ فَهُوَ لَهُ صِفَاتٌ بِلاَ كَيْف ، وَلاَ يُقَالُ اِنَّ يَدَهُ قُدْرَتَهُ اَوْ نِعْمَتَهُ ِلاَنَّ فِيْهِ اِبْطَالُ الصِّفَة.

"BagiNya tangan, muka dan nafs sebagaimana yang diterangkan di dalam al-Quran, maka apa yang diterangkan oleh Allah Ta'ala di dalam al-Quran seperti menyebut muka, tangan dan nafs, maka bagiNya sifat tanpa ditanya bagaimana? Dan tidak boleh dikatakan bahawa tanganNya ialah kudrat (kuasa)Nya atau nikmatnya kerana perbuatan tersebut membatalkan sifat (Allah)".[88]


Persamaan pada nama (nama Allah) dengan nama makhlukNya tidaklah semestinya menunjukkan adanya persamaan di antara Allah dengan makhlukNya, sama ada pada zat atau pada sifat.
Sebagai contoh, walaupun tangan manusia dan haiwan adalah sama pada istilah nama, namun ia tetap berlainan pada rupa, bentuk dan kebolehan tangan tersebut berfungsi.
Begitulah juga dengan tangan Allah Azza wa-Jalla dan semua sifat-sifatNya yang amat sempurna, ia tidak akan sama atau menyerupai tangan dan sifat sekalian makhlukNya kerana telah ditegaskan melalui firmannya tentang ketidak-samaannya nama, zat dan sifat Allah :

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

"Tiada suatu pun yang serupa denganNya".
(QS. Asy-Syura, 42:11)



Abu Hasan Al-Asy’ari ketika ditanya tentang sifat wajah bagi Allah beliau berkata:

نَقُوْلُ ذَلِكَ خِلاَفًالِمَا يَقُوْلُهَ الْمُبْتَدِعُوْنَ ، وَقَدْ دَلَّ عَلَى ذَلِكَ قَوْلُهَ عَزَّ وَجَلَّ {وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُوْ الْجَلاَلِ وَاْلِكْرَامِ}

“Kami mengatakan tentang hal tersebut (sifat muka bagi Allah) yang berlawanan dengan apa yang dikatakannya oleh orang-orang bid’ah (Ahli bid’ah), telah jelas menunjukkan tentang hal tersebut sebagaimana firman Allah: ‘Dan tetap kekal Wajah Tuhammu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan’ (QS. Ar-Rahman 55:27)”. [89]



Peyerupaan Yang Menyesatkan

TIDAK BOLEH KHILAF DALAM PERSOALAN AKIDAH

"Musyabbihah" .(مُشَبِّهَةٌ) Maksud dari kalimah musyabbihah ialah:

"Yang menyerupakan (sifat dan zat) Allah dengan (sifat dan zat) makhlukNya".

Antara firqah (kumpulan/golongan) terbesar yang tersasar sehingga terjebak ke dalam golongan ini ialah para syeikh (para pemimpin) tarikat kebatinan atau kesufian/tasawuf serta para pengikutnya yang mengaku bermazhab Asy’ari akidahnya. Mereka dianggap sesat kerana perbuatan mereka yang mudah dan suka mentakwil[90] mentamsil,[91] mentakyif dan menta'til nama-nama, sifat dan zat Allah. Lantaran yang demikian, akhirnya mereka sama ada menafikan zat dan sifat-sifat Allah atau menyamakan sifat Allah dengan sifat-sifat dan zat makhlukNya.


Imam Abu Hasan al-Asy’ari rahimahullah apabila menjelaskan tentang sifat tangan bagi Allah Azza wa-Jalla beliau berkata:

نَقُوْلُ ذَلِكَ بِلاَ كَيْف ، وَقَدْ دَلَّ عَلَيْهِ قَوْلهُ عَزَّ وَجَلَّ {لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ}

Kami menyatakannya tanpa bertanya bagaimana, dan telah jelas menunjukkan tentang firman Allah Azza wa-Jalla: ‘Yang telah Ku ciptakan dengan kedua tanganKu’(QS. Saad 38:75)”. [92]


Dibawakan juga oleh Imam Abu Hasan al-Asy’ari hadis sahih:

خَلَقَ اللهُ آدَمَ بِيَدِهِ ، فَمَسَحَ ظَهْرَهُ بِيَدِهِ ، فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ ذُرِّيَتَهُ . فَثَبَتَ أَنَّ لَهُ يَدَيْنِ بِلاَ كَيْف.

“Allah menjadikan Adam dengan Tangannya, maka disapu dadanya dengan tanganNya, maka dikeluarkan darinya zuriatnya”. [93]


Untuk mengelakkan dari terperangkap ke dalam firqah yang sesat yang berpunca dari talbis Iblis, sewajarnya setiap mukmin sentiasa belajar dan melengkapkan diri mereka dengan perisai ilmu yang dipelajari dari para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berjalan di atas manhaj Salaf as-Soleh.



Mazhab Syafie , Bukan Mazhab Ibn Taimiyah atau Wahhabi


Imam Syafie dan Imam Ibn Taimiyah kedua-dua mereka menentang khurafat tariqat sufi falsafi, penyelewengan tasawuf dan tariqat kebatinan.

Menurut Imam Syafie:

اَلتَّصَوُّفُ مَبْنِيٌّ عَلَى الْكَسَلِ وَلَوْ تَصَوَّفَ رَجُلٌ اَوَّلَ النَّهَارِ لَمْ يَاْتِ الظُّهْرَ اِلاَّ وَهُوَ اَحْمَقُ.

"Tasawuf dibina di atas kemalasan, jika sekiranya seseorang itu menganut tasawuf di awal siang (pagi), tidak akan sempat sampai ke waktu Zuhur, dia sudah jadi bodoh (biul/goblok)".[94]


Imam Syafie menyamakan penyelewengan dan khurafat dalam SUFI dengan perbuatan ZINDIK.

Beliau menegaskan:

مَنْ يَدِيْنُ بِهَذَا (التَّصَوُّف) فَهُوَ زِنْدِيْقٌ اَوْ بِتَعْبِيْرٍ اَدَقٍّ صُوْفِيّ فَالصُّوْفِيُّ مَرَادِفَةٌ لِكُلِّ مَا يُنَاقِضُ الاِيْمَان الْحَق.

“Sesiapa yang menganut agama ini (sufi) maka dia seorang yang zindik atau dengan kata lain dia adalah sufi yang zindik, maka fahaman sufi samalah seperti setiap fahaman yang menentang keimanan yang hak”.
Lihat: Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf Terhadap Masyarakat, p.47, Rasul Dahri.


Imam Syafie amat benci kepada kezindikan sufi lalu beliau berkata:

Saya lari meninggalkan Kota Basrah kerana di sana terdapat golongan zindik (sufi/tasawuf), mereka mengerjakan sesuatu yang baru yang mereka sebut dengan tahlilan
Talbis Iblis, p.370, Ibn Qayyim al-Jauzi


Imam Hasan al-Basri rahimahullah amat benci dan memberi ancaman kepada kaum-kaum sufi falsafi yang ghalu kepada syeikh mereka. Beliau berkata:

أما عَلِمْتَ اَنَّ اَكْثَرَ اَصْحَابُ النَّارِ اَصْحَابُ اْلاَكْسِيةِ ؟ (اَلتَّصَوُّفِ).

"Tidakkah engkau ketahui sesungguhnya kebanyakan penghuni neraka ialah penganut sufi/tasawuf?".[95]


Jika diteliti, dikaji dan disemak semula kitab-kitab ulama Salaf as-Soleh yang memperkatakan tentang sufi (tasawwuf) atau tariqat kebatinan, mereka mengancam dengan berbagai-bagai ancaman yang keras dan menegaskan tentang sesatnya kebanyakan aliran sufi (tasawuf) atau kaum-kaum tarikat.

Semoga Allah menyelamatkan umat Islam dari bencana aliran sufi dan tariqat yang sesat lagi menyesatkan, maka sama-samalah kita meminta kepada Allah Azza wa-Jalla agar kita dan semua umat Islam diberi kefahaman yang benar tentang akidah, ibadah dan akhlak Islamiyah yang sahih. Amin ya Rabbal ‘Alamin..


Nota kaki:

[57] Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm. 32. Redza bin Nu'san Mukti. Dikeluarkan juga oleh al-Lalakaii dalam شرح اصول
[58] Al-Akidah al-Wasitiyah. Ibn Taimiyah. Syarah Soleh Fauzan al-Fauzan. Hlm. 14.
[59] H/R Bukhari dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh al-Albani.
[60] H/R al-Hakim, ad-Darimi dan az-Zahabi (disahihkan oleh al-Albani).
[61] H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, ad-Darimi dan Ibn Majah (Disahihkan oleh al-Albani).
[62] H/R Ahmad. 3/4. Bukhari. No. 4351. Muslim, bab az-Zakah. 144. Ahmad, Abu Daud, an-Nasaii dan Baihaqi.
[63] H/R Abu Daud. 4941, hadis hasan sahih. H/R al-Baihaqi dalam "Asma wa as-Sifat" hlm. 300.
[64] H/R Muslim, bab an-Nikah. 121.
[65] H/R Ahmad dan Turmizi. (Hadis sahih).
[66] H/R Al-Baihaqi dalam "Al-Asma wa-Sifat" hlm. 300.
[67] H/R Bukhari No. 7420. Baihaqi "Al-Asma wa-Sifat". Hlm. 296.
[68] H/R Bukhari No. 7421.
[69] Dikeluarkan oleh al-Baihiqi di dalam sanadnya.Lihat: اجتماع الجيوش الاسلامية hlm. 39. Ibn Qaiyim.
[70] H/R Bukhari, 7554. Muslim, bab at-Taubah, 14.
[71] Lihat: اعتقاد ائمة الحديث Hlm. 50-51. Ismaili.
[72] Lihat: فتح البارى. Jld. 13. Hlm. 406. Ibn Hajar al-Asqalani.
[73] Ibid. Hlm. 407.
[74] الدعوة السلفية فى مفهومها الصحيح عقيدة وعبادة Hlm. 92. Sa'udin Mohammad Al-Kasbi.
[75] Ibid.
[76] Ibid.
[77] Lihat: عون المعبود. Jld. 13. Hlm. 42.
[78] Lihat: السنة hlm. 5. Abdullah bin al-Imam Ahmad.
[79] Lihat: الابانة الكبرى (ق195/1) Ibn Battah.
[80] Lihat: ابانة الكبرى Ibn Battah (ق917/1). Lihat:الرد على الجهمية Ibn Abi Hatim. Lihat: السنةhlm. 12. Abdullah bin Ahmad.
[81] Lihat: العقيدة الاسلامية من الكتاب والسنة الصحيحة hlm. 18.
[82] H/R Muslim.
[83] H/R. Muslim dan Abi Daud.
[84] H/R Bukhari no. 782.
[85] Lihat: اركان الاسلام والايمان Muhammad bin Jamil Zinu.
[86] Lihat: شرح العقيدة الوسطية hlm. 21. Ibn Taimiyah.
[87] Ibid.
[88] Lihat: مَنْهَج اهل السنة والجماعة فى توحيد الله تعالى Jld. 1. Hlm. 42. Khalid bin Abdul Latif bin Muhammad Nor.
[89] Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah, hlm. 105.
[90] Namun, tidak semua takwil dianggap batil (fasid), menurut Ibn Qaiyim al-Jauzi: Takwil yang diterima ialah takwil makna yang sebenar dari segi zahir ayat. Termasuklah takwil umum yang dianggap ayat yang muhkamah dan ayat mutasyabihah, perintah dan tegahan. Maka takwil yang diterima ialah yang sesuai dengan apa yang digambarkan oleh nas dan dikuatkan oleh Sunnah yang menyokongnya. Lihat: (الصواعق المرسلة) Juz 1. Hlm. 171.
[91] Qias menurut bahasa "Tamsil" iaitu memisalkan/menyerupakan. Mengqias atau mentamsil sifat atau zat Allah dengan sifat atau zat makhluk haram hukumnya, Allah berfirman: فَلاَ تَضْرِبُوْا للهِ اْلاَمْثَالَ "Maka janganlah kamu mengadakan misal-misal/penyerupaan bagi Allah". An-Nahl, 16:74.
[92] Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 106.
[93] Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 106. (H/R Ahmad dalam Musnad 448-450. Abu Daud No. 4703 dalam As-Sunnah. Turmizi No. 3077. Malik dalam Al-Muata’ 2/897-899. Disahihkan oleh Ibn Hibban dalam As-Sahih No. 15357. Hakim 2/234-235. Hadis Sahih dengan beberapa syahidnya. Maka (melalui hadis ini) telah ditetapkan bagiNya dua tangan tanpa ditanya bagaimana.)
[94] Lihat: Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf Terhadap Masyarakat. Hlm. 30. Rasul Dahri. Cetakan pertama 1998 Malaysia. Lihat: Talbisu al-Iblis. hlm. 159. Ditahqiq dan ditashih oleh para ulama al-Azhar as-Syarif kali kedua pada 1368H. Dar al-Kutub al-Ilmiyah. Beirut.
[95] At-Tasawuf. Hlm. 21 Dr. Mustafa Hilmi. Dar ad-Dakwah. Al-Iskandariah.
السنة



No comments:

Post a Comment