Menurut perhatian saya dan apa yang saya pelajari dahulu , apabila sahaja melihat anjing, ramai yang akan cuba menjauhinya, hal ini di sebabkan Sebahagian besar Umat islam di nusantara dan malaysia khas nya telah terdidik sedari kecik bahwasanya anjing itu adalah termasuk kategori najis yang berat, dan apabila disentuh oleh anjing atau menyentuh nya maka kita di perintahkan untuk menyamak mana-mana bahagian yang telah disentuh oleh anjing tersebut. persolannya adakah benar anjing adalah najis yang berat? Adakah setiap kali anjing bersentuhan dengan kita, kita perlu menyamaknya? artikel ini akan menjelaskan hukum sebenar tentang anjing, semoga saja artikel ini dapat mrnghilangkan keraguan sahabat2 tentang hukum sebenar berkenaan tentang anjing
Pandangan Islam Tentang Haiwan.
Islam adalah agama yang bukan sahaja menjaga hak-hak manusia tetapi juga hak-hak haiwan. Pada satu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melintasi seekor unta yang kelihatan kempis perutnya kerana kelaparan. Lalu baginda bersabda:
Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik.[1]
Perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk “…bertaqwa kepada Allah terhadap haiwan-haiwan …” menunjukkan bahawa kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Subhanahu wa Ta‘ala pada Hari Akhirat nanti dengan bagaimana sikap kita terhadap haiwan. Jika kita menjaga mereka dengan baik, memberi hak-hak mereka seperti makanan, minuman dan tempat berteduh, kita akan memperoleh ganjaran daripada Allah. Sebaliknya jika kita menzalimi mereka, maka kita akan memperoleh azab daripada Allah.
Dua hadis berikut perlu menjadi sumber iktibar bagi kita:
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.[2]
Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya.
Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya
untuk makan serangga di tanah.[3]
Daripada hadis-hadis di atas, jelas bahawa sikap kita terhadap haiwan memiliki kedudukan yang penting di dalam agama sehingga melibatkan antara syurga dan neraka. Oleh itu hendaklah kita sentiasa memerhatikan sikap kita terhadap haiwan. Jangan dihadkan belai kasih kepada haiwan peliharaan sahaja tetapi hendaklah diluaskan kepada haiwan-haiwan yang lain. Sebagai contoh, jika di persekitaran rumah ada kucing yang menjadi pemeliharaan seseorang dan beberapa kucing lain yang berkeliaran, janganlah makanan disediakan untuk kucing yang dipelihara sahaja. Sediakan juga makanan kepada kucing-kucing yang lain.
Berdasarkan hadis-hadis di atas juga, kita patut bersikap terbuka untuk menilai semula, sejauh manakah pendapat yang mengatakan anjing adalah najis berat. Pendapat ini memang masyhur akan tetapi kemasyhuran sesuatu hukum tidak menjamin kebenarannya. Justeru marilah kita menilai semula hukum kenajisan anjing...
HUKUM KENAJISAN ANJING
Dalam apapun persoalan agama, Setiap muslim wajib berpandu dan menyelesaikan segala perkara yang timbul dengan al-quran dan al-hadith yang sahih. setipa mukmin wajib mengimani keputusan yangdi tetapkan oleh kedua sumber-sumber hukum tersebut. Tidak sepatut nya bagi setiap mukmin terus menerima fatwa tentang najis atau suci nya sesuatu benda, serta halam atau halalnya satu perkara jika suatu fatwa tersebut tiada landasanya dari alquran dan al-hadith, termasuklah yang berkaitan tentang isu anjing ini ...
sesuatu fatwa samaada yang menghalalkan, mengharamkan atau menajiskan hanya dapat di terima apabila di sertakan dengan keterangan (dalil) yang bersumberkan dari al-quran dan hadith yang sahih sahaja , semua persoalan agama telah di jelaskan allah di dalam firman nya yang bermaksud :
"padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu" (QS. 6:119)
kemudian baginda shalallahu wa`alaihi wassalam juga bersabda :
"Hanya sesuatu yang halal itu ialah yang di halalkan oleh allah di dalam kitabNya, dan sesuatu yang haram itu hanyalah sesuatu yang telah di haramkan di dalam kitabNya, Dan apa2 yang tidak disebutkan olehNya, maka itu adalah sesuatu yang di maafkan bagi kamu (HR.Ibnu Majah)
Tidak terdapat dalil dari alquran atau dari hadith sahih yang telah menetapkan bahwa anjing itu hukum nya najis, apa yang terdapat di dalam hadith2 sahih hanya lah keterangan cara-cara bagaimana mencuci bejana (tempat menyimpan air minuman) yang telah di minum airnya oleh anjing atau yang telah di gunakan anjing .
Dalam semua Hadith yang di kaitkan dengan ajing, dengan air dan dengan bejana , maka tidak terdapat di dalam kesemua hadith2 tersebut kalimah najis, rijsun tanda-tanda atau isyarat yang menunjukkan bahwa anjing atau apa sahaja yang di sentuh oleh anjing itu najis, atau menjadi najis sehingga wajib di samak .
HADIS-HADIS BERKAITAN TENTANG ANJING
"Dari Abu Hurairah berkata ; Bersabda Rasulullah shalallahu wa`alahi wassalam : Basuh lah bejana (tempayan) seseorang antara kamu apabila (airnya) diminum anjing (sebanyak) 7 kali dimulakan dengan tanah (HR.MUSLIM)
"Dari Abu Hurairah berkata ; Bersabda Rasulullah shalallahu wa`alahi wassalam :Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali.[4]
Hadis ini dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Shahih al-Bukhari – hadis no: 172. Dalam riwayat-riwayat lain diterangkan bahawa salah satu basuhan hendaklah bersama dengan tanah. Sebahagian riwayat menyebut basuhan kali pertama, sebahagian lagi kali terakhir dan sebahagian lagi kali ke-lapan. Yang rajih (kuat) adalah basuhan kali pertama kerana sifat riwayat-riwayatnya.[5]
Berdasarkan hadis ini wujud dua pendapat tentang kenajisan anjing. Pendapat pertama berkata anjing adalah najis keseluruhannya manakala pendapat kedua berkata ianya tidak najis keseluruhannya. Perinciannya adalah seperti berikut:
Pendapat pertama dan dalil-dalilnya:
Pendapat pertama menyatakan bahawa seluruh anjing sama ada kecil atau besar adalah najis. Ini adalah pendapat Mazhab al-Syafi‘iy dan Hambali.[6]
Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini.
Dalil pertama adalah berdasarkan kaedah qiyas
Suruhan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing. Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama haiwan dan ia dikategorikan sebagai najis maka sudah tentu lain-lain anggotanya - yakni seluruh badannya – adalah najis juga. Lebih dari itu air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar dari mulut (yakni air liur) adalah najis maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga. Maka dengan itu seluruh badan anjing adalah najis.
Dalil kedua adalah berdasarkan sebuah hadis:
Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam diundang ke rumah satu kaum lalu baginda memenuhi undangan tersebut, kemudian baginda diundang ke rumah satu kaum yang lain namun tidak baginda memenuhinya. Lalu ditanya kepada baginda kenapa? Baginda menjawab: “Sesungguhnya pada rumah si fulan itu ada anjing.” Lalu dikatakan kepada baginda: “Dalam rumah si fulan (undangan pertama) ada kucing. Baginda menjawab: “Sesungguhnya kucing bukan najis.”
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan al-Hakim. Berdasarkan hadis ini difahami bahawa anjing adalah najis (berbeza dengan kucing yang bukan najis).
PENDAPAT KEDUA DAN DALIL-DALILNYA
Pendapat kedua menyatakan bahawa anjing tidak najis seluruhnya, demikian yang masyhur daripada Mazhab Maliki. Mazhab Hanafi berpendapat seumpama kecuali mulut, air liur dan tahi anjing, ketiga-tiga ini mereka kategorikan sebagai najis.[7]
Tokoh-tokoh Mazhab Maliki berpendapat suruhan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing bukanlah disebabkan oleh kenajisan mulut, lidah dan air liur anjing tetapi disebabkan kepada ketaatan kepada Allah semata-mata (ta’abudi). Mereka berpendapat sedemikian dengan merujuk kepada lain-lain hadis Rasulullah yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk berburu dan tiadalah seekor anjing memburu dan membunuh mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya. Haiwan yang ditangkap oleh anjing buruan tersebut adalah tetap suci untuk dimakan seluruhnya berdalilkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04]
Berdasarkan gabungan dalil-dalil ayat di atas dan hadis-hadis yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk memburu, mazhab Maliki berpendapat bahawa mulut, lidah dan air liur anjing bukanlah najis.
Sedikit berbeza adalah mazhab Hanafi di mana mereka berpendapat anjing bukan najis kecuali mulut, lidah dan air liurnya adalah najis dengan merujuk secara zahir kepada hadis yang pertama di atas.
Pendapat yang rajih (kuat):
Pendapat yang dianggap rajih (terkuat) adalah pendapat yang kedua. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
Pertama:
Kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh anjing sebagai najis adalah qiyas yang lemah.
Ini kerana asal pengusulan kaedah qiyas adalah bagi mencari hukum terhadap kes baru yang tidak wujud pada zaman turunnya wahyu – al-Qur’an dan al-Sunnah. ‘Illat atau sebab bagi kes yang baru tersebut dikaitkan secara analogi kepada satu kes yang sudah sedia wujud pada zaman penurunan wahyu.
Menggunakan qiyas untuk menghukum keseluruhan anjing sebagai najis dianggap lemah kerana anjing pada asalnya sudah wujud pada zaman turunnya wahyu. Bererti ia bukanlah kes yang baru. Apabila sesuatu kes itu sudah sedia wujud di zaman penurunan wahyu dan tidak ada wahyu yang menerangkan hukumnya, bererti sememangnya Allah tidak bermaksud untuk menurunkan apa-apa hukum ke atasnya.
Apabila tiada hukum yang diturunkan maka ia kembali kepada kedudukan yang asal, iaitu halal/harus/bersih. Firman Allah:
Dia-lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi. [al-Baqarah 2:29]
Dan Dia (Allah) memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti. [al-Jatsiyah 45:13]
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? [Luqman 31:20]
Kesimpulannya, anjing adalah haiwan yang sedia wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila tiada ketentuan hukum diturunkan dalam persoalan najis atau tidaknya anjing, bererti hukum anjing kembali kepada yang asal, iaitu ia adalah haiwan yang tidak najis.
Kedua:
Hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memenuhi undangan kerana ada anjing di dalam rumah adalah lemah (dha‘if). Berkata Syaikh ‘Adl Ahmad ‘Abd al-Mawjud dan Syaikh ‘Ali Muhammad Ma’wudh ketika mentakhrij hadis tersebut:[8]
Dikeluarkan oleh Ahmad (2/442), al-Hakim (1/183), al-‘Uqaili dalam al-Dhu‘afa’ (3/386) dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra (1/151); setiapnya daripada jalan ‘Isa bin al-Musayyab, daripada Abi Zur’ah, daripada Abi Hurairah.
Berkata al-Hakim: “Dan ‘Isa bin al-Musayyab berseorangan daripada Abi Zur’ah kecuali bahawasanya beliau benar (shaduq) dan tidak tidak dicela secara pasti.”
Namun ini kemudiannya diikuti dengan komentar al-Zahabi: “Berkata Abu Daud (tentang ‘Isa bin al-Musayyab): Dha’if. Berkata Abu Hatim: Tidaklah dia kuat.”
Diriwayatkan oleh al-‘Uqaili daripada Yahya bin Ma’in bahawa dia berkata: “‘Isa bin al-Musayyab dha’if.” Berkata al-Haitsami di dalam al-Majma’ (4/48):
“Diriwayatkan oleh Ahmad dan di dalam (sanadnya) terdapat ‘Isa bin al-Musayyab, dinilai terpercaya (thiqah) oleh Abu Hatim dan dha’if oleh selainnya.” (Ini tidak benar) kerana Abu Hatim tidak menilai beliau thiqah, beliau hanya berkata tentangnya dalam al-Jarh wa al-Ta’dil (6/288): “Dianggap shaduq akan tetapi kuat.”
Demikian takhrij oleh Syaikh ‘Adl Ahmad ‘Abd al-Mawjud dan Syaikh ‘Ali Muhammad Ma’wudh.. Selain itu, al-Daruquthni dan al-Baihaqi menilai ‘Isa bin al-Musayyab sebagai “shalih al-Hadis.” Akan tetapi dalam ilmu hadis sedia diterangkan bahawa apabila bertembung celaan dan pujian, hendaklah diunggulkan celaan tersebut.
Oleh kerana itu Syaikh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Sunan al-Daruquthni (Muassasah al-Risalah, Beirut 2004), jld 1, ms 103 telah mengkategorikan hadis ini sebagai: “Hadis Dha’if.”
Kesimpulannya, hadis ini dha’if dan tidak boleh dijadikan sumber dalil dalam perkara hukum.
Ketiga:
Hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab al-Syafi’iy berakhir dengan lafaz: “Sesungguhnya kucing bukan najis.” Lafaz ini sebenarnya tidak wujud di dalam mana-mana kitab hadis yang meriwayatkan hadis tersebut. Lafaz yang terdapat dalam Sunan al-Daruquthni adalah:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah datang ke rumah satu kaum daripada kalangan orang-orang Anshar namun baginda enggan masuk rumah mereka. Ini menimbulkan kegelisahan ke atas mereka (tuan rumah) lalu mereka bertanya: “Ya Rasulullah, anda datang ke rumah si fulan tetapi anda enggan pergi ke rumah kami.” Maka baginda menjawab: “Ini kerana rumah kamu ada anjing.” Mereka berkata: “Akan tetapi pada rumah mereka ada kucing.” Rasulullah menjawab: “Kucing adalah sejenis binatang buas (yakni tidak tetap penjagaannya, sering merayau-rayau).”
Oleh itu al-Hafiz al-‘Iraqi telah berkata:[9]
Seandainya sabit tambahan ini (yakni “Sesungguhnya kucing bukan najis.”), ia telah menjadi sumber pendalilan yang masyhur. Akan tetapi ianya tidak dikenali asal usulnya di dalam mana-mana kitab hadis yang sedia ada. Padahal hadis ini diriwayatkan dengan tambahannya oleh Imam Ahmad, dalam Musnadnya, al-Daruquthni dalam Sunannya dan al-Hakim dalam al-Mustadraknya daripada riwayat ‘Isa bin al-Musayyab daripada Abi Zur’ah daripada Abi Hurairah, kecuali mereka tidak menyebut dalam (kitab-kitab mereka) lafaz: “Sesungguhnya kucing bukan najis.”
Sesunguhnya yang disebut adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:
“Kucing adalah sejenis binatang buas.” Dan berkata al-Daruquthni sesudah mengeluarkan hadis tersebut: “’Isa bin al-Musayyab Shalih al-Hadis.” Dan berkata al-Hakim: “Hadis ini sahih isnad dan tidak dikeluarkan (oleh al-Bukhari atau Muslim) dan ‘Isa bin al-Musayyab berseorangan daripada Abi Zur’ah, akan tetapi (tak mengapa) kerana dia benar (shaduq) dan tidak dicela secara pasti.”
Saya (al-Hafiz al-Iraqi) berkata: Bahkan yang benar dia telah dicela oleh Ibn Ma’in, Abu Daud, al-Nasa’iy, Ibn Hibban dan al-Daruquthni sendiri di tempat yang lain.
Kesimpulannya, hadis yang dijadikan dalil kenajisan anjing tertolak dari dua sudut: pertama adalah kelemahan sanadnya manakala kedua adalah tambahan lafaz “Sesungguhnya kucing bukan najis” yang sebenarnya tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis.
Berdasarkan tiga sebab di atas, maka yang rajih (kuat) ialah pendapat kedua, iaitu anjing tidak najis. Hadis yang menyuruh menyucikan bekas yang dijilat oleh anjing tidak semestinya bererti jilatan anjing itu najis, sebagaimana kita manusia juga disuruh berwudhu’ dan bertayamum – suruhan ini tidaklah bererti kita najis. Akan tetapi ia adalah ketaatan kita kepada perintah Allah dan Rasul-Nya semata-mata.
Inilah juga merupakan pendapat Yusuf al-Qaradhawi. Setelah mengkaji dalil masing-masing mazhab, beliau merumuskan:[10]
Di antara yang najis ialah air liur anjing. Disebut dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu,
maka basuhlah ia tujuh kali.
Ini juga sebagaimana telah ditetapkan menurut hadis keduanya (al-Bukhari dan Muslim) dan selain keduanya daripada hadis ‘Abd Allah bin Mughaffal tentang kenajisannya. Dengan demikian, jelaslah tentang najisnya air liur anjing itu.
Bahkan, di sana ada beberapa fuqaha yang menyebut tentang kenajisan semua anggota tubuh anjing. Padahal tidak ada dalil yang menunjukkan hal ini baik dari Al-Quran maupun sunnah Rasulullah. Sedangkan pengambilan dalil tentang dijilat atau minumnya anjing dari tempat air, maka itu khusus untuk sesuatu yang dijilat saja. Tidak ada yang menunjukkan pada kenajisan anjing secara keseluruhan: daging, tulang, darah, bulu, dan keringat. Sedangkan mengqiyaskan ini dengan jilatan anjing, adalah bentuk qiyas yang sangat jauh sekali, sebagaimana disebut oleh Imam al-Syaukani. Khususnya jika dikaitkan dengan hadits ‘Abd Allah ibn ‘Umar (yang menerangkan)
“Anjing masuk dan keluar di masjid pada masa Rasulullah dan para sahabat
tidak memercikkan air apa pun.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Abu Daud).
Ada juga sebagian yang lain yang mengatakan tentang kesucian semua anggota tubuh anjing dan mengatakan, sesungguhnya dicucinya tempat yang dijilat anjing adalah masalah yang bersifat ibadah (ta'abbudi), yang hikmahnya hanya Allah yang tahu. Sedangkan yang wajib kita lakukan adalah mengamalkan apa yang ada di dalam nash walaupun kita tidak mengetahui hikmahnya. Ini adalah madzhab Imam Malik.
Imam Malik berhujah bahwa Allah membolehkan makan dari hasil buruan anjing tanpa memerintahkan kita untuk mencucinya. Sebagaimana yang Allah Ta'ala firmankan:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad):
“Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu.
Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu
dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04]
Sedangkan saya sendiri cenderung pada pendapat Imam Malik bahwa semua yang hidup adalah suci. Demikianlah juga dengan anjing. Dalam zatnya dia suci. Oleh sebab itulah dibolehkan bagi kita untuk memakan hasil buruannya. Dan perintah Nabi untuk mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu yang bersifat ta'abbudi. Sedangkan penemuan ilmu moden tentang sesuatu yang menyangkut air liur anjing bahwa di dalamnya ada penyakit-penyakit, kemungkinan penemuan selanjutnya akan lebih mengejutkan.
Seterusnya terdapat tiga persoalan lanjut yang perlu dijelaskan:
Persoalan pertama:
Jika anjing tidak najis, haruskah kita mencuci jilatannya jika ia menjilat kita atau perkakas kita?
Penjelasan kepada persoalan pertama:
Jawapannya ya, berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menyuruh kita mencuci jilatan anjing. Kita mencucinya bukan kerana ia najis tetapi kerana taat kepada perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Persoalan kedua:
Apabila tersentuh jilatan atau air liur anjing, adakah cara menyucinya wajib dengan tujuh kali basuhan diawali dengan campuran tanah atau boleh dicuci dengan apa sahaja yang bersifat menyucikan?
Penjelasan kepada persoalan kedua:
Di sini para fuqaha berbeza pendapat sama ada boleh menggunakan sabun bagi menggantikan tanah. al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh al-Thaharah, ms 61-63 menerangkan bahawa sebahagian fuqaha Syafi‘iyyah dan Hanabilah kontemporer membolehkan penggunaan sabun. Bahkan Mazhab Maliki mengatakan penggunaan tanah/debu adalah tidak wajib, ia sunnah sahaja.
Pendapat yang dipertengahan lagi mendekati hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah mencuci jilatan anjing dengan tujuh kali basuhan diawali dengan campuran tanah. Akan tetapi jika tidak ditemui tanah atau pada saat itu tidak sesuai untuk menggunakan tanah maka dibolehkan menggunakan sabun atau apa jua yang sifatnya menyucikan. Ini kerana mencuci jilatan anjing ialah duduk dalam bab ketaatan kepada perintah syari‘at dan ketaatan ini adalah berdasarkan kemampuan setiap individu berdasarkan kesenangan dan kesukaran yang dihadapinya. Jika menghadapi kesukaran untuk mentaatinya maka syari‘at memberi kelonggaran sekadar mana yang perlu. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu. [al-Taghabun 64:16]
Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Apa sahaja yang aku larang kamu daripadanya maka tinggalkanlah ia dan apa sahaja yang aku perintahkan kamu dengannya maka lakukanlah ia sedaya upaya kamu.[11]
Persoalan ketiga:
Bolehkah memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan (pet)?
Jawapan kepada soalan ketiga boleh diperolehi dengan merujuk kepada hadis berikut:
Sesiapa mengambil anjing (sebagai peliharaan) kecuali anjing menjaga tanaman atau anjing menjaga ternakan atau anjing berburu maka setiap hari pahalanya berkurang satu qiraat.[12] [Shahih Muslim – no: 1574]
Terhadap hadis di atas para fuqaha berbeza pendapat adakah haram atau makruh untuk memelihara anjing atas sebab-sebab selain menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Pendapat yang rajih (kuat) adalah makruh hukumnya, sebagaimana ulas al-Syaukani:[13]
Ini menjadi dalil atas kebolehan memelihara anjing atas sebab-sebab selain daripada apa yang disebut (dalam hadis di atas). Sesungguhnya ia tidak haram kerana sesuatu yang jika penggunaannya adalah haram ia tidak boleh digunakan dalam semua keadaan tak kira sama ada ia mengakibatkan pengurangan pahala atau tidak. Maka ini menunjukkan bahawa penggunaannya (memelihara anjing selain daripada tujuan menjaga tanaman, ternakan dan berburu) adalah makruh dan bukan haram.
Kesimpulannya, makruh hukumnya untuk memelihara anjing kecuali jika memiliki sebab-sebab yang tertentu demi menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Adapun hikmah hukum makruh ini antara lain adalah kerana memelihara anjing akan menyebabkan malaikat rahmat menjauhi rumah kita, menimbulkan rasa takut kepada tetamu dan salakannya mengganggu ketenteraman jiran.
Penulis asal adalah Hafiz Firdaus Abdullah dengan sedikit penambahan mukaddimah dari saya , dan perlu saya katakan disini keburukan pendapat yang mengatakan bahwa anjing atau babi itu najis (pembahasan babi ini nanti ada pada bahagian tajuk yang lain) akan menyebabkan para muallaf yang baru islam mengalami kesusahan untuk berintekrasi dengan keluarganya di sebabkan mereka di ajar bahwa anjing dan babi itu najis .
Antara yang menjadi bebanan juga ialah keadaan saudara baru yang masih tinggal dengan keluarganya. Sering kita dengar suara-suara sumbang yang menyuruh saudara-saudara baru untuk meninggalkan keluarga mereka. Mana tidaknya mereka mengatakan tidak boleh makan di rumah kerana pinggan mangkuknya ada najis dan mesti disamak. Rumahnya ada kesan khinzir, maka dia tidak boleh bersolat di dalamnya, emaknya dan bapanya makan khinzir, maka dia tidak boleh bersalaman apatah lagi mencium dan memeluk mereka. Bekas minum tidak boleh digunakan lagi kerana ada kesan khinzir, pendek kata jika seseorang itu masuk Islam bukan hanya agama dan akidah lamanya sahaja, malah dia terpaksa atau dipaksa untuk meninggalkan keluarga, rumah, saudara mara dan jika tidak keterlaluan ibu bapa mereka. Maka terjawablah persoalan mengapa tidak ramai orang bukan Islam ingin memeluk Islam!
Dan satu lagi contoh yang amat melucukan ialah bagaimana sebuah restoran milik bukan Islam yang telah dibeli oleh seorang peniaga muslim sekitar tahun 90′an di Pahang. Majalah aI-Islam telah merakamkan bagaimana mereka telah membasuh seluruh kedai tersebut dengan air tanah.. dapatkah anda bayangkan bagaimana kesusahan tersebut ?? apakah ini satu perbuatan yang berasal dari aturan syar`i ??
Fa`tabiru Ya Ulil Albab (Maka..tidakkah kamu mau berfikir, wahai orang2 yang berakal ? )
akhukum fillah
hfz
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Shahihah (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh 1995), hadis no: 23.
[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467 (Kitab hadis-hadis al-Anbiya’).
[3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3318 (Kitab permulaan penciptaan).
[4] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Shahih al-Bukhari – hadis no: 172 (Kitab Wudhu, Bab jika anjing minum daripada bekas air…
[5] Ibn Hajar al-‘Asqalani – Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari (tahqiq Bin Baz; Dar al-Fikr, Beirut), jld. 1, ms. 369-370 dan al-Albani – Irwa’ al-Ghalel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktab al-Islami, Beirut 1985), jld 1, ms 62.
[6] Wahbah al-Zuhaili – Fiqh al-Islami wa ‘Adilatuhu (Dar al-Fikr, Damsyik 1994), jld. 1, ms. 305
[7] Wahbah al-Zuhaili – Fiqh al-Islami wa Adilatuhu, jld. 1, ms. 305.
[8] Sunan al-Daruquthni (Dar al-Ma’refah, Beirut 2001), jld. 1, ms 171.
[9] Thahr al-Tastrib bi Syarh al-Taqrib al-Asanid wa Tartib al-Masanid (Dar al-Fikr, Beirut), jld. 2, ms 123. [
10] Fiqh al-Thaharah (edisi Indonesia atas judul yang sama; al-Kautsar, Jakarta 2004), ms. 21-22.
[11] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 1337. Rujuk juga Hadis 40 al-Imam al-Nawawi – hadis no: 9.
[12] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 1574 (Kitab al-Masaqah, Bab perintah membunuh anjing……)
[13] Nail al-Authar min, Asrar Muntaqa al-Abrar (Dar al-Kitab al-‘Arabi, Beirut 2000), jld. 5, ms. 204.
Wednesday, November 12, 2008
Thursday, November 6, 2008
Tata Cara Mandi Junub Dan Mandi Hadas Dari Haid
assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
artikel ini merupakan ulasan dariku atas sebuah artikel di sebuah portal , cuma kali ini aku tidak ingin memberikan pertanyaan2 agar tidak timbul fitnah, jadi langsung saja aku tulis perbahasan nya, sebab tujuan dari tulisanku ini hanya untuk melengkapi dan memperbetulkan apa yang kurang dari artikel yang di kirim nya.. Tata Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah
Al Ghaslu (mandi) adalah meratakan air ke seluruh bagian badan. Adapun menurut syariat adalah meratakan air yang suci ke seluruh bagian badan dengan tata cara yang khusus. Dalil yang mendasari pensyariatannya adalah firman Allah Ta’ala, “Dan jika kamu junub maka mandilah.” (QS. Al Maidah: 6)
Ada beberapa hal yang menjadikan al Ghaslu menjadi wajib, antara lain:
1. Apabila keluar mani disertai memancar meski dalam keadaan tidur. [1]
2. Bertemunya dua kemaluan (bersetubuh), meskipun tidak terjadi inzal [2]
3. Ketika orang kafir masuk Islam.[3]
4. Berhentinya darah haidh dan nifas. [4]
5. Meninggal dunia bukan karena syahid di medan perang. [5]
6. Solat Jumaat [6]
Niat Adalah Syarat Sahnya Mandi
Kerana mandi adalah ibadah yang tidak diketahui kecuali melalui syariat, maka niat menjadi syarat didalam nya, niat adalah tekad hati untuk mengerjakan mandi, kerana melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya. Allah berfirman “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus (QS.al-bayyinah : 5 )
Dan juga hadith dari Rasulullah shalallahu wa`alahi wassalam :
قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
Aku mendengar Umar bin Khattab berkata di atas mimbar:“Aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:“Tiap-tiap amal perbuatan tidak lain adalah berdasarkan niatdan balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan
(HR.Bukhari dan Muslim di dalam kitab Sahihnya )
dan perlu di fahami.. niat itu tpt nya di dalam hati. dan tidak perlu adanya pelafazan niat sebagaimana yang di lakukan oleh sebahagian besar kaum muslimin, di sebabkan pelafazan niat itu tidak ada contoh nya dari nabi muhammas shalallahu wa`alahi wassalam.
dan tidak di temukan adanya nash2 yang menjelaskan niat itu harus serentak dengan air yang jatuh ke tubuh kita sewaktu mandi , apetah lagi harus di lafazkan dengan berkata : sengaja aku mandi junub kerana allah ta`ala dan perkataan lain nya.
bab pelafazan niat telah saya tulis secara detail, sila rujuk ke bahagian bid`ah )
Tata Cara Mandi Junub (Wajib) Mengikut Sunnah
tata cara mandi yang sempurna
yang menjadi panduan dalam bab ini adalah dua hadis berikut
hadis pertama
عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. [7]
Dari Aisyah radhiallahu `anha (istri baginda) menceritakan : 'Bahwa apabila baginda mandi junub, baginda memulainya dengan mencuci kedua tangan nya. kemudian berwudhu sebagaimana wudhu untuk solat, kemudian baginda memasukkan jari-jari tangan nya ke dalam air, setelah itu menggosokkan di sela-sela rambut nya, kemudian baginda meyiram kepalanya sebanyak tiga kali cidukan, setelah itu meratakan (menyiramkan) air ke seluruh tubuh nya. [8]
Dari kedua hadis ini, dan selain nya (hadis-hadis tentang mandi junub ni banyak dapat kita ambil kesimpulan bahwa di anjurkan mandi wajib (junub) dengan cara berikut :
1) Berniat (sekali lagi saya katakan niat itu tidak perlu di lafazkan, ianya cukup di dalam hati)[9]
2) Mencuci kedua tangan sebanyak tiga kali. [10]
3) Mencuci kemaluan dan tempat yang terkena air mani dengan tangan kiri [11]
4) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun. [12]
5) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi. [13]
6) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala
Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.
7) Meratakan air ke seluruh tubuh Kita , membasuhh semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah [14]
8) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki. [15]
Apakah Wajib Untuk Menyela-nyela Janggut
Jumhur `ulama : malik, abu hanifah, asy-syafie dan ibn hazm mengatakan, Tidak Wajib menyela-nyela janggut, tapi di anjurkan . akan tetapi syaikh abu malik kamal bin as-sayyid salim menjelaskan : (Tidak Wajib menyela janggut) apabila air dapat sampai ke kulit yang ada di bawah janggut, jika Tidak, maka wajib baginya menyela-nyela janggut untuk menyampaikan air padanya, tapi yang lebih hati-hati tentu saha sebaiknya ia menyelai-nyelai janggut nya , berdasarkan keumuman perkataaan aisyah 'Kemudian baginda menyela-nyela pangkal rambutnya.
Hukum Menggosok Anggota Tubuh Pada Saat Mandi
Para `ulama berselisih : apakah dalam mandi disyaratkan menggosokkan tangan ke seluruh tubuh, ataukah cukup dengan menuangkan air saja ke seluruh tubuh, walaupun ia tidak menggosok nya dengan tangan nya ? ini adalah masalah bahasa : apakah mandi itu sudah cukup terlaksana dengan menuangkan air, atau tidak terlaksana kecuali dengan menggosokkan nya ?
Jumhur `ulama berpendapat bahwa menggosok tubuh tidak wjib, tetapi di anjurkan dalam mandi, seandai nay seseorang menuangkan air keseluruh tubuh nya, maka ia telah menunaikan apa yang di wajibkan allah kepadanya, demkian juga seandai nya ia menyelam ke dalam air, maka air telah membasahi seluruh tubuh nya.[16]
Zahirnya, menggosok tubuh adalah di anjurkan, bukan wajib, pendapat ini di kuatkan lagi dengan hadis `Umran Bin Hushain tentang kisah Al-Muzadatain, yang di dalam nya di sebutkan . Dan di akhir kisah itu bagina memberikan satu bejana air kepada orang yang terkena junub seraya bersabda : Pergilah, lalu siramkanlah air tersebut padamu. [17]
Berdasarkan hal ini, jika seseorang berdiri di bawah pancuran (shower) kemudian air membasahi seluruh tubuhnya, maka mandinya telah sah bila di sertai dengan niat.
Sifat Mandi Junub Wanita
Tata Cara mandi junub wanita sama persis dengan tata cara mandi laki-laki , dalam hal ini tidak ada perbezaan mengenai nya
Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha, beliau berkata:
Kami ( istri-istri Nabi) apabila salah seorang diantara kami junub, maka dia mengambil (air) dengan kedua telapak tangannya tiga kali lalu menyiramkannya di atas kepalanya, kemudian dia mengambil air dengan satu tangannya lalu menyiramkannya ke bagian tubuh kanan dan dengan tangannya yang lain ke bagian tubuh yang kiri.” [18]
Seorang wanita tidak wajib menguraikan (melepaskan) jalinan rambutnya ketika mandi karena junub, berdasarkan hadits berikut:
Dari Ummu Salamah Radhiyallahu ‘Anha berkata:
Aku (Ummu Salamah) berkata: “Wahai Rasulullah, aku adalah seorang wanita, aku menguatkan jalinan rambutku, maka apakah aku harus menguraikannya untuk mandi karena junub?” Beliau bersabda: “Tidak, cukup bagimu menuangkan air ke atas kepalamu tiga kali kemudian engkau menyiramkan air ke badanmu, kemudian engkau bersuci.” [19]
Ringkasan tentang mandi junub bagi wanita adalah:
1.Seorang wanita mengambil airnya, kemudian berwudhu dan membaguskan wudhu’nya (dimulai dengan bagian yang kanan).
2.Menyiramkan air ke atas kepalanya tiga kali.
3.Menggosok-gosok kepalanya sehingga air sampai pada pangkal rambutnya.
4.Mengguyurkan air ke badan dimulai dengan bagian yang kanan kemudian bagian yang kiri.
5.Tidak wajib membuka jalinan rambut ketika mandi.
Tata cara mandi yang disebutkan itu tidaklah wajib, akan tetapi disukai karena diambil dari sejumlah hadits-hadits Rasululllah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Apabila dia mengurangi tata cara mandi sebagaimana yang disebutkan, dengan syarat air mengenai (menyirami) seluruh badannya, maka hal itu telah mencukupinya (dan mengikuti sunnah itu lebih utama)
Tata Cara Mandi Wanita Dari Haid Dan Nifas
Agar ibadah kita diterima Allah maka dalam melaksanakan salah satu ajaran islam ini, kita harus melaksanakannya sesuai tuntunan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Rasulullah telah menyebutkan tata cara mandi haid dalam hadits yang diriwayatkan oleh imam Muslim didalam kitab sahih nya . dalil nya adalah hadis aisyah bahwa asma` bertanya kepada nabi muhammad shalallahu wa`alahi wassalam tentang cara mandi dari haid, maka bagina bersabda :
>تَأْخُذُإِحْدَا كُنَّ مَائَهَا وَسِدْرَهَا فَتََطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ أوْ تَبْلِغُ فِي الطُّهُورِ ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُُهُ دَلْكًا شَدِ يْدًا حَتََّى تَبْلِغَ شُؤُونَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا المَاءَ ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطْهُرُ بِهَا قَالَتْ أسْمَاءُ كَيْفَ أتََطَهَّرُبِهَا قَالَ سُبْحَانَ الله ِتَطَهُّرِي بِهَا قَالَتْْ عَائِشَةُ كَأنَّهَا تُخْفِي ذَلِكَ تَتَبَّعِي بِهَا أثَرَالدَّمِ
“Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara, atau boleh juga digunakan pengganti sidr seperti: sabun dan semacamnya-pent) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannyaMaka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu
Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahwa seorang wanita bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang mandi dari haid. Maka beliau memerintahkannya tata cara bersuci, beliau bersabda: hendaklah dia mengambil sepotong kapas atau kain yang diberi minyak wangi kemudian bersucilah dengannya. Wanita itu berkata: “Bagaimana caranya aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah bersucilah!” Maka ‘Aisyah menarik wanita itu kemudian berkata: “Ikutilah (usaplah) olehmu bekas darah itu dengannya(potongan kain/kapas).” [20]
An-Nawawi rahimahullah berkata (1/628): “Jumhur ulama berkata (bekas darah) adalah farji (kemaluan).” Beliau berkata (1/627): “Diantara sunah bagi wanita yang mandi dari haid adalah mengambil minyak wangi kemudian menuangkan pada kapas, kain atau semacamnya, lalu memasukkannya ke dalam farjinya setelah selesai mandi, hal ini disukai juga bagi wanita-wanita yang nifas karena nifas adalah haid.” [21].
Syaikh Mushthafa Al-’Adawy berkata: “Wajib bagi wanita untuk memastikan sampainya air ke pangkal rambutnya pada waktu mandinya dari haidh baik dengan menguraikan jalinan rambut atau tidak.Apabila air tidak dapat sampai pada pangkal rambut kecuali dengan menguraikan jalinan rambut maka dia (wanita tersebut) menguraikannya-bukan karena menguraikan jalinan rambut adalah wajib-tetapi agar air dapat sampai ke pangkal rambutnya, [22]
Maka wajib bagi wanita apabila telah bersih dari haidh untuk mandi dengan membersihkan seluruh anggota badan; minimal dengan menyiramkan air ke seluruh badannya sampai ke pangkal rambutnya; dan yang lebih utama adalah dengan tata cara mandi yang terdapat dalam hadits Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam,
ringkasnya tata cara mandi haidh untuk wanita adalah:
1.Wanita tersebut mengambil air dan sabunnya, kemudian berwudhu’ dan membaguskan wudhu’nya.
2.Menyiramkan air ke atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air dapat sampai pada tempat tumbuhnya rambut. Dalam hal ini tidak wajib baginya untuk menguraikan jalinan rambut kecuali apabila dengan menguraikan jalinan akan dapat membantu sampainya air ke tempat tumbuhnya rambut (kulit kepala).
3.Menyiramkan air ke badannya.
4.Mengambil secarik kain atau kapas(atau semisalnya) lalu diberi minyak wangi kasturi atau semisalnya kemudian mengusap bekas darah (farji) dengannya.
Fatwa `Ulama
Oleh : Al-Lajnah Ad-Da'imah Lil Ifta` (majlis fatwa diarab saudi)
Pertanyaan
Al-Lajnah Ad-Da'imah Lil Ifta' ditanya : Apakah ada perbedaan antara mandi junub seorang pria dengan mandi junub seorang wanita ? Dan apakah seorang wanita harus melepas ikatan rambutnya atau cukup baginya menuangkan air di atas kepalanya tiga kali tuang berdasarkan suatu hadits ? Apa bezanya antara mandi junub dengan mandi haid?
Jawaban : Tidak ada perbezaan bagi lelaki dan wanita dalam hal sifat mandi junub, dan masing-masing tidak perlu melepaskan ikatan rambutnya akan tetapi cukup baginya untuk menuangkan air di atas kepalanya sebanyak tiga tuang kemudian setelah itu menyiramkan air ke seluruh tubuhnya berdasarkan hadits Ummu Salamah Radhiyallahu 'anha, bahwa ia berkata kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam."Sesungguhnya saya seorang wanita yang mengikat gulungan rambut kepala saya, apakah saya harus melepaskan ikatan rambut itu untuk mandi junub ?". Rasulullah menjawab :"Artinya : Tidak, akan tetapi cukup bagimu untuk menuangkan air sebanyak tiga kali di atas kepalamu, kemudian kamu sirami seluruh tubuhmu dengan air, maka (dengan demikian) kamu telah bersuci[Hadits Riwayat Muslim].
Jika di atas kepala seorang lelaki maupun wanita terdapat ikatan atau pewarna rambut atau sesuatu lainnya yang dapat menghalangi mengalirnya air ke kulit kepala, maka wajib dihilangkan, akan tetapi jika itu ringan dan tidak menghalangi mengalirnya air ke kulit kepala maka tidak wajib dihilangkan.Adapun mandinya wanita setelah haidh, para ulama berbeda pendapat tentang wajib atau tidaknya melepaskan ikatan rambutnya untuk mandinya. Yang benar, bahwa ia tidak harus melepaskan ikatan rambutnya untuk mandi tersebut, hal ini berdasarkan beberapa riwayat hadits Ummu Salamah yang diriwayatkan Muslim bahwa ia (Ummu Salamah) berkata kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam."Sesunguhnya saya seorang wanita yang mengikat gulungan rambut kepalaku, apakah saya harus melepaskan ikatan rambut itu untuk mandi junub ?" Rasulullah menjawab:"Artinya : Tidak, akan tetapi cukup bagimu untuk menuangkan air sebanyak tiga kali di atas kepalamu, kemudian kamu sirami seluruh tubuhmu dengan air, (dengan demikian) maka kamu telah bersuci".Riwayat hadits Nabi ini adalah merupakan dalil yang menunjukkan tidak adanyakewajiban untuk melepaskan ikatan rambut untuk mandi junub atau untuk mandi haidh, akan tetapi sebaiknya ikatan rambut itu dilepas saat mandi haidh sebagai sikap waspada dan untuk keluar dari perselisihan pendapat serta memadukan dalil-dalil dalam hal ini
[Fatawa Al-Lajnah Ad-Da'imah Lil Ifta', [Disalin dari buku Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Mar'atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-fatwa Tentang Wanita penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, terbitan Darul Haq, hal. 20-21 penerjemah Amir Hamzah Fakhruddin ]
Pertanyaan :
Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alu Asy-Syaikh ditanya : Apakah hukumnya melepaskan ikatan rambut ketika mandi setelah habis masa haidh.?
Jawaban : Menurut dalil yang lebih kuat adalah tidak ada kewajiban melepaskan ikatan rambut ketika hendak mandi bagi wanita yang telah selesai haidh, sebagaimana tidak adanya kewajiban tersebut untuk mandi junub. Hanya saja, memang terdapat dalil-dalil yang mensyari'atkan untuk melepaskan ikatan rambut ketika mandi haidh, akan tetapi perintah yang terdapat dalam dalil-dalil ini bukan menunjukkan hal yang wajib berdasarkan dari hadits Ummu Salamah Radhiyallahu 'anha."Sesungguhnya aku seorang wanita yang mengikat rambut kepalaku, apakah saya harus melepaskan ikatan rambut itu untuk mandi junub ?" dan dalam riwayat lain : "dan untuk mandi haid?", maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Artinya : Tidak, akan tetapi cukup bagimu untuk menuangkan air atas kepalamu sebanyak tiga kali, ...." [Hadits Riwayat Muslim]
Ini adalah pendapat yang dipilih oleh pengarang kitab Al-Inshaf dan Az-Zarkasyi, sedangkan dalam mandi junub maka hukum melepaskan ikatan rambut bagi wanita tidaklah sunnah (mandub). Abdullah bin Umar meriwayatkan bahwa 'Aisyah berkata : "Apakah aku harus memerintah mereka untuk memotong rambut itu ?" Kesimpulannya adalah :melepaskan ikatan rambut tidaklah disyari'atkan saat mandi junub akan tetapi hal itu ditekankan dan dianjurkan saat mandi haidh. Penekanan ini pun berbeda-beda, ada yang kuat dan ada pula yang lemah, berdasarkan keringanan dan kesulitan melepaskan ikatannya.[Fatawa wa Rasa'il Asy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim, 2/61]
selesailah perbahasan tentang mandi junub dan mandi hadas dari haid , bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahu detail syarah hadith tentang mandi junub boleh lah merujuk kepada kitab FATHUL BAHRI , syarah dari hadith sahih bukhari oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqolani ataupun Syarah Shahih Muslim Oleh imam An-Nawawi
Wallahu`alam
Akhukum Fillah
hfz
foot note
--------------
1.Lihat QS. Al-Maidah ayat 6 , HR. Muslim 343, dan abu Dawud 214
2.Hadis sahih di riwayatkan oleh Al-Bukhari 291, Muslim 348
3.Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Ahmad II/304 , lihat Al-irwa` 128
4. HR.Bukhari, Fathul Bahri Bab Haid
5.Sahih Fiqhi Sunnah Jilid I
6.Hadis Sahih di riwayatkan Al-Bukhari 879 dan Muslim 846
7.HR.Bukhari
8.HR.Bukhari 248 dan Muslim 317
9.HR.Bukhari
10.HR.Muslim di nukil dari kitab sahih Fiqh Sunnah
11.HR.Muslim di nukil dari kitab Fiqh Sunnah
12.HR.Muslim , syarah muslim III/231
13.telah di sebutkan dalam hadis aisyah dan hadis mainumah
14.Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani
15.HR.Bukhari 260
16.Kitab Sahih Fiqhi Sunnah, Bab Thaharah dan Solat Jilid I
17.HR.Bukhari 344
18.Hadits Shahih riwayat Bukhari: 277 dan Abu Dawud: 253
19.Hadits Shahih riwayat Muslim, Abu Dawud: 251, an-Nasaai: 1/131, Tirmidzi:1/176, hadits: 105 dan dia berkata: “Hadits Hasan shahih,” Ibnu Majah: 603
20.HR. Muslim: 332
21.Dinukil dari Jami’ Ahkaam an-Nisaa’: 117 juz: 1
22.Dinukil dari Jami’ Ahkaam An-Nisaa’ hal: 121-122 juz: 1
Wednesday, October 22, 2008
Bab Fiqh : Hukum Gambar
Topic yang saya pilih kali ini adalah tentang hukum gambar, mungkin di kalangan orang awam hukum bergambar ini tidak ada masalah apa2 , tapi bagaimana hukum bergambar ini di kalangan `ulama ? `ulama adalah pewaris nabi dan apa yang mereka perkatakan sebaik nya kita ambil berat , tapi tentu saja dengan syarat `ulama tersebut adalah `ulama rabbani , yang memang kita kenal manhaj dan aqidah nya dengan baik .
tulisan ini merupakan penjelasan dari ku untuk seorang sahabat yang ku anggap sebagai adik, semoga artikel ini bermanfaat bagi diri nya, dan bagi diriku serta bagi siapa saja yang berminat untuk membacanya ...
Alhamdulillah.... Segala puji bagi Allah Ta’ala yang telah memberikan karunia nya yang banyak kepada kita dan sudah selayak nya kita sebagai hamba-Nya bersyukur atas segala nikmat2 yang telah allah berikan , sholawat dan salam senantiasa tercurahkan kepada junjungan dan qudwah kita Muhammad bin Abdillah, serta keluarga dan shahabat baginda serta orang-orang yang selalu istiqomah dan komitmen meniti jejak dan jalan baginda hingga hari kiamat. amma ba`du
Nabi Shollallohu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan dalam beberapa sabda baginda, sama ada yang tertulis dalam Sunan, Musnad dan ash-Shahihah yang menunjukkan diharamkannya gambar makhluk yang bernyawa, sama ada berwujud manusia atau selainnya. Sehingga kita dianjurkan dan diperintahkan untuk memusnahkan gambar-gambar tersebut bahkan para tukang gambarnya mendapatkan laknat dan mereka termasuk seberat-berat manusia yang akan mendapatkan siksa pada hari kiamat kelak.
gambar dalam pengertian pada kitab-kitab hadits tersebut, adalah gambar dalam makna melukis dengan tangan, sehingga gambar dalam makna fotografi yang ada saat ini, menjadi hal yang diperselisihkan disisi para `ulama , Dan untuk lebih jelasnya, saya cuba jelaskan permasalahan ini secara terperinci berkaitan tentang hakikat dan hukum gambar yang sebenarnya (yang diharamkan dan yang diperbolehkan) berdasarkan dalil-dalil yang shohih dan juga dari pendapat sebagian Ulama tentang masalah ini. Insya Alloh .
HAKIKAT GAMBAR
Pada hakikatnya menggambar itu terbagi menjadi dua bentuk:
1.Gambar dengan tangan (melukis), yaitu seseorang dengan keahlian tangan dan inspirasinya menggambar atau melukis dengan memakai alat-alat lukis, sama ada yang dilukisnya itu dalam bentuk makhluk hidup yang bernyawa ataupun selainnya.
2.Gambar dengan alat ( fotografi/kamera ), yaitu seseorang dengan memakai kecanggihan teknologi (kamera) ataupun handphone yang bercamera untuk memindahkan media yang dinginkan menjadi sebuah gambar, baik media tersebut dalam bentuk makhluk hidup bernyawa atau selainnya. (dan dalam hal ini telah terjadi fitnah yang besar akibat adanya handphone2 berkamera, allahu musta`an)
HUKUM GAMBAR
Sebelum pembahasan tentang hukum gambar sebenarnya dalam timbangan syara’, maka perlu diketahui dan dipahami bahwa gambar berdasarkan hukumnya boleh terbagi menjadi dua bagian :
1.Gambar yang tidak bernyawa Seperti gunung, sungai, matahari, bulan dan pepohonan atau benda mati yang lain. Maka yang demikian tidak terlarang menurut mayoriti Ulama, meskipun ada yang berpendapat tidak bolehnya menggambar sesuatu yang berbuah dan tumbuh seperti pohon, tumbuh-tumbuhan dan semacamnya, namun pendapat ini lemah.
2.Gambar yang bernyawa
Menggambar semacam ini terbagi menjadi dua bentuk :
1. Menggambar dengan tangan (melukis), maka yang seperti ini terlarang dan hukumnya haram. Dan perbuatan yang demikian termasuk salah satu dari dosa-dosa besar. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shollallohu ‘alaihi wa sallam yang telah memberikan peringatan dan ancaman keras sebagaimana yang terdapat dalam beberapa hadits di bawah ini :
1.Riwayat Abu Hurairah : beliau mendengar Rasulullah Shallallohu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman: Dan siapa yang lebih celaka daripada orang yang menciptakan ciptaan seperti ciptaan-Ku, maka hendaklah mereka ciptakan sebutir jagung, biji-bijian dan gandum (pada hari kiamat kelak).” (H.R Bukhori dan Muslim)
2.Riwayat ‘Aisyah : Bahwa Rasulullah Shallallohu alaihi wa sallam bersabda, “Seberat-berat manusia yang teradzab pada hari kiamat adalah orang-orang yang ingin menyerupai ciptaan Allah.” ( H.R Bukhori dan Muslim ).
3.Riwayat Ibnu Abbas: Artinya, “Setiap pelukis berada dalam neraka, dijadikan kepadanya setiap apa yang dilukis/digambar bernyawa dan mengadzabnya dalam neraka Jahannam.” (H.R Muslim).
Dan menggambar (melukis) yang dimaksud pada beberapa hadits di atas adalah menggambar dengan tangan, yaitu seseorang dengan keahlian dan inspirasinya serta imajinasinya memindahkan sebuah gambar ke dalam kanvas dengan tangannya sampai kemudian sempurna menyerupai ciptaan Allah Ta’ala, karena dia berusaha memulai sebagaimana Allah Ta’ala memulai, dan menciptakan sebagaimana Alloh Ta’ala menciptakan. Dan meskipun tidak ada niatan sebagai upaya penyerupaan, namun suatu hukum akan berlaku apabila tergantung atas sifatnya. Maka manakala terdapat sifat, terdapat pula hukum, dan seorang pelukis gambar apabila melukis/menggambar sesuatu maka penyerupaan itu ada (terjadi) walaupun tidak diniatkan. Dan seorang pelukis pada umumnya tidak akan bisa terlepas dari apa yang diniatkan sebagai penyerupaan, dan ketika apa yang digambar itu hasilnya lebih baik dan memuaskan maka seorang pelukis akan bangga dengannya. Dan penyerupaan akan terjadi hanya dengan apa yang dia gambar, baik dikehendakinya atau tidak. Karena itulah ketika seseorang melakukan perbuatan yang menyerupai perbuatan orang lain, maka kita akan berkata: “Sesungguhnya perbuatan ini menyerupai perbuatan itu, walaupun yang melakukan tidak bermaksud menyerupai.“
2.Menggambar dengan menggunakan selain tangan, seperti menggambar dengan kamera (fotografi), yang dengannya sesuatu ciptaan Alloh Ta’ala bisa berubah menjadi sebuah gambar, dan orang yang melakukannya tanpa melakukan sesuatu kecuali mengaktifkan alat kamera tersebut yang kemudian menghasilkan sebuah gambar pada sebuah kertas.Maka bentuk menggambar semacam ini, di dalamnya terdapat permasalahan diantara para Ulama’, karena yang demikian tidak pernah ada dan terjadi pada jaman Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wa sallam, khulafa’ur Rosyidin, dan Ulama terdahulu dari kalangan as-Salaf. Sehinga Ulama setelah mereka berbeza pendapat dalam menyikapinya:
1.Sebagian dari mereka mengatakan tidak boleh, dan hal ini sebagaimana menggambar dengan tangan berdasarkan keumuman lafadz (secara uruf/kebiasaan).
2.Sebagian dari mereka membolehkan, karena secara makna bahwa mengambar dengan memakai alat kamera tidak seperti perbuatan pelukis yang dengannya ada penyerupaan terhadap ciptaan Alloh Ta’ala.
Dan pendapat yang mengatakan diharamkannya menggambar dengan memakai alat kamera lebih berhati-hati, sementara pendapat yang mengatakan halalnya lebih sesuai dengan kaidah yang ada.
Akan tetapi mereka yang mengatakan halal ini mensyaratkan agar gambar yang dihasilkan tidak merupakan perkara yang haram seperti gambar wanita (bukan mahram), atau gambar seseorang dengan maksud untuk digantungkan dalam kamar untuk mengingatnya (sebagai pajangan), atau gambar yang tersimpan dalam album untuk dinikmati dan diingat. Maka yang demikian haram hukumnya karena mengambil gambar dengan alat kamera dan menikmatinya dengan maksud selain untuk dihina dan dilecehkan haram menurut sebagian besar Ulama sebagaimana yang demikian telah dijelaskan dalam as-Sunnah as-Shohihah.
Adapun terhadap gambar (foto) yang digunakan untuk tujuan dan kepentingan tertentu, seperti foto untuk IC, Pasport, Lesen Memandu, dan kegiatan yang dengannya diminta sebagai bukti (contoh nya gambar untuk mencari penjenayah) kegiatan maka yang demikian tidaklah terlarang.
Sementara foto kenangan, seperti pernikahan, dan acara-acara selainnya yang dengannya untuk dinikmati tanpa ada kepentingan yang jelas maka hukumnya haram. Sebagaimana sabda Nabi Shollallohu ‘alaihi wa sallam saat menjelaskan bahwa para malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada gambar. Dan bagi siapa saja yang memiliki foto-foto demikian agar memusnahkannya, sehingga kita tidak berdosa kerana gambar-gambar tersebut.
(dalam hal ini saya memohon ampun kepada allah, ketika saya berkahwin dimedan memang saya tidak membenarkan untuk di ambil gambar pernikahan saya, dan ketika majlis pernikahan berlangsung di rumah mertua, saya tidak mampu menghalang mereka untuk mengambil gambar2 perkahwinan saya, tp saya sendiri memang tidak ada menyimpan gambar perkahwinan saya, abang ipar saya memberikan satu cd gbr2 perkahwinan saya, dan kemudian cd itu dah hilang sebab memang saya xpernah ambil peduli, semoga allah mengampuni dosa saya)
HUKUM MELIHAT GAMBAR
Adapun hukum melihat gambar yang terdapat dalam majalah, surat khabar, TV (termasuk internet karena pada dasarnya dapat disebut majalah elektronik) secara terperinci sebagai berikut:
1.Gambar Manusia
Jika yang dilihat gambar manusia dengan maksud untuk kenikmatan dan kepuasan maka yang demikian haram hukumnya, dan jika bukan dalam tujuan itu yang dengan melihatnya tidak dengan tujuan kepuasaan atau kenikmatan, hati dan syahwatnya tidak tergerak karena hal itu, maka tidak apa-apa. Dan hal inipun dengan syarat terhadap mereka yang halal untuk dilihat, seperti laki-laki melihat laki-laki, dan wanita melihat wanita menurut pendapat yang kuat hal ini tidak terlarang dengan syarat sesuai dengan keperluan (seperlunya) bukan semata-mata kerana menginginkan gambar itu.
Dan jika yang dilihat adalah mereka yang tidak halal untuk dilihat, seperti laki-laki melihat wanita (bukan mahram), maka hukum tentang hal ini masih samar dan meragukan namun pendapat yang berhati-hati adalah tidak melihatnya karena khawatir terjadi fitnah
sabda Baginda Rasulullah Shallallohu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud Rodhiallohu anhu :“Janganlah seorang wanita tidur bersama dalam satu selimut (bersentuhan tubuh) dengan wanita yang lain sehingga dia menceritakan sifatnya kepada suaminya seolah-olah melihat wanita tersebut.“ (HR.Bukhori ).
Untuk menghindari kesalahpahaman seakan laki-laki boleh melihat gambar sekalipun gambar wanita asing, maka hal ini perlu dirinci lebih lanjut, yaitu:Jika yang dilihat adalah wanita tertentu (secara khusus/pribadi karena sudah dikenal atau diidolakan) dengan tujuan menikmati dan untuk kepuasan syahwat, maka hukumnya haram karena ketika itu jiwanya sudah tertarik padanya dan terus memandang, bahkan bisa menimbulkan fitnah besar.
Dan jika tidak demikian, dalam artian hanya sekedar melihat tanpa ada perasaan apa-apa dan tidak membuatnya memperhatikan dengan saksama, maka pengharaman terhadap hal seperti ini perlu diberi catatan dulu, karena menyamakan melihat sekilas dengan melihat secara hakiki tidaklah tepat karena adanya perbedaan dari keduanya amat besar, akan tetapi sikap yang utama adalah menghindari karena hal itu menuntun seseorang untuk meilihat dan selanjutnya mengamat-amati, kemudian menikmati dengan syahwat.
2.Gambar selain manusia,
maka tidak apa-apa melihatnya selama ia tidak bermaksud untuk memilikinya.
demikianlah yang dapat saya nukilkan dari penjelasan Syaikh Muhammad Bin Sholih al-Utsaimîn di dalam kitab nya Majmû’ Fatâwa Wa Rasâ`il oleh Fahd Bin Nâshir Bin Ibrohim as-Sulaiman.
wallahu ta`ala `alam