Ku persembahkan sketsa cinta ini sebagai tanda cinta kasihku Untukmu zaujahku Yang mengisi sudut-sudut hatiku,Yang Telah memberi permata kehidupan untuk ku..
Ketahuilah duhai isteriku.. aku mencintaimu.. dan ingin terus bersamamu
Samaada didunia maupun di syurga nantinya.. insya allah ..
Bismillah….
Ya Rabbi.. Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang…
Berikanlah kedalam hatiku rasa cinta yang mendalam terhadap isteriku
Yang dengan namamu kubina rumah tanggaku..untuk mencari ridhomu..
Ya Rabbi.. Yang Maha Mengetahui segala isi hati
Tidak ada satupun yang tersembunyi dari penglihatanmu..
Engkau maha mengetahui segala isi hatiku..
Engkau menjadi saksi bagaimana rasa cinta yang ada didalam hatiku kepada isteriku..
Pertengkaran itu mungkin menjadi satu asam garam dalam kehidupan rumah tangga
Berikanlah kesabaran kepadaku.. dan ajarkanlah aku, agar tutur kataku ketika marah
Tidak menyakiti hatinya….
Duhai zaujahku.. dengarkanlah bisikan hatiku .. fahamilah sketsa cintaku ini untukmu..
Ingatkah dirimu ketika kita menikah dahulu ??? ketika aku mengambil dirimu menjadi permata kehidupanku ....
Titisan air mata yang membasahi pipiku menjadi saksi setelah aku mengambil dirimu atas nama allah… saat itu aku merasa telah melengkapkan bahagian dari agamaku ..
Namun… diriku hanyalah seorang insan.. yang tidak lepas dari segala kesilapan..
Maafkan diriku.. dengan segala kesalahan ataupun ucapan –ucapan yang menyakiti hatimu…
Jauh di relung hatiku.. aku sedar.. betapa aku belum mampu berikan kehidupan yang terbaik untukmu..
Untukmu zaujahku.. yang amat kusayangi dan kucintai....
Berikan aku waktu.. berikan aku kesempatan...
Tuesday, January 20, 2009
Sketsa Mutiara Cinta...
Wednesday, November 19, 2008
Sketsa Untuk Seorang Isteri
Sketsa ini khas aku tujukan untuk isteriku, isteri yang telah banyak berkorban untukku, yang mencintai diriku dengan sepenuh hatinya, duhai zaujahku, apabila dirimu membaca sketsaku ini fahamilah .. aku mencuba untuk menjadi suami yang terbaik bagi dirimu dan juga Abi yang terbaik dari anak kita...
Bismillah....
Ya Ghafur.. Irhamni.. ighfirli
Ampunilah dosa ku yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah...Ya Rahman Ya Rahim..
Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan Mu di atas Arsy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat kesabaran dan kelembutan untuk menghadapi dirinya
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya
Sekiranya...
isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Ya Allah... Tuhan Yang Maha Mengetahui segala sesuatu..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah.. Ya Muqallibal Qulub
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku suami yang di sayangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi suami yang terbaik bagi dirinya
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah ..
Sesungguhnya diriku ini Hanyalah HambaMu yang Lemah dan Faqir
Limpahkan lah rumah tanggaku dengan penuh mawaddah
Jadikanlah rumah tanggaku sebagai rumah tangga yang sakinah
Aku memohon ampun kepadaMu Ya allah , atas segala Dosa-dosa yang telah aku lakukan
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..