Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar)
1.Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.
2.Keputusan Fatwa Negeri Kedah Darul Aman
Kategori : Lain-Lain
Tajuk :MEROKOK
Isu : Hukum merokok
Keputusan : MEROKOK ADALAH HARAM
3.Keputusan Fatwa Negeri Perlis Indra Kayangan
Kategori : Sosial/Syariah
Fatwa Negeri Perlis Mengenai Rokok
Keputusan :Mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar.
4.Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan
Kategori : Sosial/Syariah
Tajuk :
FATWA TENTANG MEROKOK
Isu :
Fatwa :
(1) Merokok adalah HARAM
(2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa –apa jenis rokok.
(3) Bagi maksud faiwa ini , “ rokok ” ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.
Rujukan Pewartaan : Sel. P.U. 51.
Tarikh Pewartaan :
7 Disember 1995
5. Fatwa Negeri Sarawak
Kategori : Akidah
Tajuk :
Merokok Pada Pandangan Islam
Isu :
Kertas ini mengemukakan tentang kemudaratan yang disebabkan merokok kepada perokok dan juga kesannya kepada orang lain. Setelah dibincangkan dengan terperinci, ahli Jawatankuasa mengambil keputusan dengan sebulat suara bahawa :-
Keputusan :
"Merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan"
6.Fatwa Negeri Pulau Pinang
Kategori : Sosial/Syariah
Tajuk :
FATWA TENTANG ROKOK
Isu :
fatwa tentang merokok
Fatwa :
i. merokok adalah HARAM
ii. bagi maksud fatwa ini "rokok" ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainya. Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamannya seperti berikut:- melahirkan sikap serta tabiat yang buruk- mendatangkan kemudaratan dari sudut kesihatan- pembaziran yang amat ditegah oleh agama
iii. Oleh yang demikian, adalah HARAM bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.
Rujukan Pewartaan : Pg. P.U 25
Tarikh Pewartaan :
18 November 2004
ps : untuk anda para perokok... jangan berikan alasan apapun untuk terus membenarkan anda menghisap rokok, yakinilah keharaman nya dan teruslah berusaha, semoga allah memberikan anda kekuatan untuk berhenti dari perbuatan yang sia-sia ini .
akhukum fillah
hfz
No comments:
Post a Comment